t>

Breaking News

Tabung Haji Bakal Labur RM640juta Untuk Perumahan Di Detroit.


Kenapa Tabung Haji Tidak Patut Membuat Pelaburan di Detroit,Amerika.

1.Ada khabar angin yang melanda Tabung Haji ingin membelanjakan RM640 juta dalam industri hartanah Di Detroit,Michigan. Dahulu saya sudah membuat satu artikel berkaitan pemimpin politik sepatutnya tidak masuk campur dalam urusan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) walaupun sebagai pengerusi, tetapi entah kenapa di Malaysia ini political appointment adalah perkara biasa. Artikel ini akan menerangkan kenapa Tabung Haji tidak patut meneruskan usaha tersebut dan jika khabar angin itu salah, saya minta maaf.

2.Sedikit sejarah dengan Bandar Detroit, ia merupakan bandar automotif terkemuka dunia satu masa dahulu, syarikat gergasi automotif yang dikenali sebagai Big 3 Amerika iaitu General Motors,Ford dan Chrysler mempunyai ibu pejabat dan kilang di sana, amat malang apabila syarikat automotif asia muncul (Toyota,Honda,Kia-Hyundai) mereka berjaya mematahkan dominasi kereta amerika di pasaran dunia. Tidak lupa syarikat automotif Germany (Volkswagen, BMW) sedang mengambil banyak pasaran daripada Big 3 sehingga syarikat-syarikat automotif Amerika terpaksa istihar muflis dan meminta bantuan kewangan daripada kerajaan (selain Ford) pada tahun 2008-2009.

3. Disebabkan kejatuhan sektor automotif Amerika, Bandar Detroit yang dahulu ibu kota automotif dunia tumbang apabila syarikat Big 3 mula menghentikan pekerja-pekerja mereka. Campur dengan mortgage krisis (krisis pinjaman perumahan), rakyat amerika gagal membayar pinjaman perumahan disebabkan harga hartanah yang menjunam dan kadar faedah (riba) yang meningkat secara mendadak. Kesannya Bandar Detroit muflis dan sekarang harga hartanah di sana tidak laku dan boleh dibeli dengan paling rendah harga US1000 (RM3200).

4. Sektor automotif amerika juga sedang bergerak dari Detroit,Michigan ke Silicon Valley,California kerana bilangan pekerja mahir di California yang ramai, syarikat automotif baru seperti Tesla dan Fisker sudah muncul jadi pesaing kepada Detroit, jadi secara jelas tiada sebab Detroit akan membangun dalam masa terdekat.

5.Benar, satu pelaburan kepada industri yang murah adalah perkara bijak, tetapi Tabung Haji perlu ingat Detroit kena ada faktor-faktor yang membolehkan bandar itu muncul semula sebagai ibu kota automotif dunia agar harga hartanah itu melonjak naik. Setakat ini saya tidak mempunyai sebarang idea apakah fakor yang boleh memajukan Detroit.

6. Selain itu, Tabung Haji juga perlu sedar jika mereka membuat pelaburan di Amerika, yang untung ialah penduduk Detroit dan bukannya rakyat Malaysia terutamanya pendeposit Tabung Haji. Jika Tabung Haji membina sebuah apartmen di Detroit maka hampir kesemua stakeholder yang untung ialah rakyat Amerika iaitu para kontraktor,supplier, pekerja buruh dan juga rakyat mereka. Lebih bijak jika Tabung Haji membuat pelaburan di Malaysia agar lebih banyak pekerjaan dicipta disini daripada negara orang lain. Perlu mereka ingat Tabung Haji dimiliki kerajaan Malaysia dan pendeposit juga ialah rakyat Malaysia, pelaburan di luar sana bukan sahaja berisiko tinggi bagi yang ingin menunaikan haji malah ia merugikan negara.

7. Saya fikir beberapa GLC sudah lari daripada tujuan asal penubuhan mereka, FELDA yang sepatutnya membuka tanah untuk golongan berpendapatan rendah sudah berhenti membuat sedemikian walaupun ada banyak lagi tanah kosong di Sabah dan Sarawak dan ramai lagi golongan berpendapatan rendah. Objektif penubuhan Tabung Haji ialah untuk memaksimumkan dan memudahkan umat islam menunaikan haji tetapi sekarang mereka sudah fokus kepada memaksimumkan keuntungan. Bank Bumiputera juga sama dahulu tetapi akhirnya disebabkan mereka gatal sangat tangan hingga ingin ke Hong Kong, akhirnya syarikat itu jatuh ranap. Kalau lah kita belajar daripada sejarah Bank Bumi kita sepatutnya lebih berhati-hati sekarang, amat malang Orang Melayu Mudah Lupa.


---------------------------------

Oke, benda neh aku dapat dari page SSTDM. Klik sini.


- Mula2 aku nak dapatkan fakta dulu, betul atau tidak Tabung Haji nak buat pelaburan kat luar yang bernilai rm640 juta tadinya tue?

- Kalau betul, aku rasa point2 di atas agak valid.

- Kalau tak betul, abaikan post ini.

- Mohon Tabung Haji ulas isu berkenaan.

Rakyat berhak tahu. Lebih2 lagi pendeposit2 Tabung Haji.