t>

Breaking News

Kemalangan Ngeri 8 Kenderaan, Selfie & Video Anak YG Meraung Telefon Bapa.

Bayangkan.

Ko baru aje kehilangan ibu dan adik yang tersayang. Kemudian orang gunakan gambar selfie kau yang diupload kat facebook untuk mengutuk dan menghina serta padanmukakan insiden tersebut atas alasan kau berselfie.

Patut tak?

Lihat gambar selfie terakhir sebelum kemalangan ngeri berlaku.



Dan selepas itu ;













Boleh ke kita salahkan insiden berselfie? Boleh. Itu jika selfie punca kemalangan. Masalah sekarang selfie bukan punca kemalangan. Sebab itu adegan dia berselfie tak boleh dijadikan tajuk utama kat sini.

Tajuk utama ialah ;

1. Treler langgar treler.

2. Treler langgar treler disebabkan kegagalan brek. Brek tidak berfungsi dengan baik.

3. Treler yang kena langgar terbalik. Di bahu jalan. Treler yang melanggar pula terus bergerak ke arah mereka. Kerana apa? Sebab brek dia gagal berfungsi la. Selepas dia melanggar treler lain di hadapannya, impak perlanggaran tersebut gagal menghentikan kenderaannya juga. Sepatutnya dia terus p tepi jalan jangan babitkan kenderaan orang. Ini tidak habis semua 6 buah kereta dia langgar. 

4. 6 buah kereta dengan kereta proton saga BLM warna merah paling teruk.

5. Yakni. Mereka mangsa keadaan apabila brek treler tersebut gagal berfungsi dengan baik.

6. Mana datang citer selfie pula kat sini?

7. Selfie sama sekali takde kaitan wooo..

8. Nak bagi nasihat, bagi la. Tapi tengok situasi. Jangan main sedap nak hentam kromo.

Berikut kat bawah pula video si anak trauma selepas kemalangan menelefon ayah menceritakan bahawa mereka terbabit dalam kemalangan ngeri dan menyebabkan 2 anggota keluarga mereka maut. Si ibu dan si adik perempuan kepada pemandu tersebut.

Klik sini jika video gagal load.


Aku faham juga bila pemandu treler bagi alasan brek gagal berfungsi dengan baik la. Blablala.. la. Tapi sekarang kita kena fikir sama. Orang dah meninggal kat sini. Nyawa orang yang jadi taruhan. Sampai bila kenderaan kecil nak jadi mangsa keadaan. Tak kereta, motor. Tak motor, kereta. Balik2 ini yang jadi korban jalanan. Nak kata mereka cuai? Pandu ahti2 pun jadi mangsa kot sebab kenderaan lain langgar kau. Bukan kau langgar dia. 

Sepatutnya. Musim2 puncak orang nak balik kampung dan beraya, treler segala apa jadahnya neh tak payah berada atas jalan untuk waktu2 tertentu. Buat la jadual untuk asingkan kenderaan2 berat ini. Waktu apa yang dorang boleh berada di atas jalan. Selalunya treler dan lori la paling suka buat hal. BAS pun tak sangat sebab bas pun bawa penumpang. Yang selalu buat masalah lori2 besar dan treler neh. Kadang2 yang macam nak runtuh pun berada lagi atas jalan. Aku tengok aje dah seram. Baru tengok. Dan setiap kali berada dengan lori2 besar atas jalan neh aku selalu doa laju2 dalam ahti. Dan sentiasa fikir bukan2. Takut kot. Sebab dah 2 kali kemalangan sebelum ini. Menjadikan aku takut. Itu sebab aku seriau dengan lori2 besar neh.

Aku rasa bukan aku aje ada masalah yang serupa. Ramai orang kot. Tolong la berbuat sesuatu untuk menghentikan kejadian ini. Sedih aku tengok apa yang berlaku kat keluarga mangsa kemalangan ngeri. Bukan kita yang salah tapi kita yang jadi mangsa. Kejam kot.

Baca berita jap ;

"Saya minta maaf mama, saya minta maaf."

Luahan pilu sambil diiringi tangisan itu berulang kali diucapkan Yusriman Ros­lan, 22, anak kepada Noor Hayati Wook, 50, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 256, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Yusriman yang memandu kereta Proton Saga BLM untuk pulang berhari raya di Kampung Chain, Lenggong berkata, sebelum ibunya menghembuskan nafas terakhir, wanita tersebut yang dalam keadaan nazak sempat bercakap dengannya dan dua lagi adik-beradik lain.

Kemalangan yang melibatkan enam buah kereta dan dua buah treler itu bukan sahaja menyebabkan dia dan dua lagi adik beradiknya kehilangan ibu tersayang, malah turut mengorbankan seorang adik perempuannya, Siti Yuslianis, 20.

"Mama tersepit, saya cuma mampu pegang kepalanya sahaja. Dia sempat meminta maaf dan memaafkan kami sebelum menghembuskan nafas terakhir. Ketika itu, Yuslianis sudah tidak berge­rak," katanya ketika ditemui di Unit Kecemasan, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini.

Dua lagi anak mangsa, Yusrizal, 25, dan Siti Yusliana, 12, bagaimanapun hanya cedera ringan.

Menceritakan mengenai kejadian malang itu, Yusriman berkata, dia yang ketika itu memandu di lorong kanan jalan melihat sebuah treler yang dipandu laju melanggar sebuah treler lain sehingga terbalik di sisi kiri jalan.

Katanya, dia yang melihat melalui cermin pandang belakang bagaimanapun terkejut apabila treler tersebut menuju ke arah keretanya pula sebelum mengheret kenderaan tersebut.

"Kejadian berlaku sangat pantas dan saya tidak sempat buat apa-apa. Saya hanya mendengar bunyi dentuman yang sangat kuat dan cermin kereta pula pecah. Kami hanya mampu menjerit," katanya sambil mengesat air mata.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, Ismail Darus berkata, pihaknya mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan Noor Hayati, Siti Yuslianis dan Yusrizal yang tersepit di tempat duduk masing-masing.

Katanya, Noor Hayati dan Siti Yuslianis yang masing-masing duduk di bahagian belakang pemandu dan penumpang hadapan maut di tempat kejadian manakala Yusrizal yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan ringan.

"Sebanyak 22 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar dan Meru serta Unit Anggota Penyelamat dan Paramedik (EMRS), Ipoh dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerim panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.37 pagi.

"Kesemua mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Dua lagi anak mangsa dikeluarkan dari kereta itu dengan bantuan orang awam," katanya yang memberitahu kereta mangsa diheret sejauh 200 meter.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Ghuz­lan Salleh ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan memberitahu pemandu treler berusia 40-an itu kini ditahan bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian berlaku ketika wa­nita itu yang merupakan isteri kepada anggota polis di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Bukit Sentosa, Rawang, Selangor, bersama empat anaknya dalam perjalanan pulang ke kampung mereka di Lenggong.

"Kejadian dipercayai berlaku ketika menuruni bukit selepas Terowong Menora apabila treler yang dipandu lelaki terbabit gagal dikawal sebelum merempuh kereta yang dinaiki lima beranak itu," ujarnya.