t>

Breaking News

Nanti Orang Kaya Lari Jika Cukai Banyak2 Ke Atas Mereka - Ahmad Maslan

Setannnnnn.

Ada pula bagi alasan bingai macam tue.

Baca jap ;

Bercakap semasa wawancara mengenai Bajet 2015 di Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam tadi, ahli Parlimen Pontian itu berkata, cadangan Pakatan Rakyat (PR) untuk mengenakan Cukai Warisan Harta sebagai tidak masuk akal.

"Berapa banyak cukai yang hendak dikenakan kepada orang kaya? Cukai SST mahu dikenakan, cukai syarikat, cukai CGT dan apabila mereka mati pun mereka masih perlu membayar cukai iaitu cukai warisan harta.

"Jadi apa yang tinggal untuk mereka dan apa nak diberi pada anak mereka? Kita tidak mahu sekiranya dikenakan terlalu banyak cukai maka akan menyebabkan golongan kaya keluar dari negara," katanya.


Beliau mengulas cadangan Belanjawan PR yang mahu memperkenalkan Cukai Keuntungan Modal bagi Ekuiti (CGT) dan Cukai Warisan Harta sebagai alternatif kepada Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Ahmad turut menolak dakwaan PR iaitu tiada masalah bagi negara mengenakan dua cukai tersebut kerana ia banyak diamalkan di negara maju.

Beliau berkata, dua cukai dicadangkan PR hanya boleh dilaksanakan di negara maju dan bukannya Malaysia yang masih belum mencapai status tersebut.

"Kena ingat kita bukan negara maju tapi kita menuju negara maju," katanya. -TMI-

1. Pernah tak dia fikir alasan dia tue akan berbalik semua kepada dirinya?

2. Owh jika mencukai orang kaya banyak2 dorang akan lari tinggalkan Malaysia.

3. Tapi bagaimana pula dengan mencukai orang miskin2 banyak?

4. Orang2 miskin tidak akan lari tinggalkan negara dan boleh la kerajaan membuli masyarakat yang tertindas sebab kerajaan anggap mereka lemah, low class dan takde maruah ke sebab tue slumber gila aje kenakan polisi2 yang menindas hak rakyat miskin?

5. Itulah gambaran yang ditampilkan oleh Ahmad Maslan. Ataupun sekurang2nya itulah yang rakyat akan fikir. Gunakan la alasan ataupun kata2 yang lebih munasabah bagi menerangkan point2 kau. Kenapa selalu petik bahasa2 yang menyakitkan rakyat?

6. Yang peliknya si Ahmad Maslan reti pula bagi alasan kita tak boleh ikut negara maju sebab kita belum maju lagi. 

7. Tapi masa kenakan GST reti pula banding dengan SG?

8. SG dengan kita selevel ka?

9. Itula perangai sebenar menteri2 Malaysia.

10. Bila kena kat depa, depa bagi alasan sebijik2 macam yang kita beri sebelum neh. Tapi bila kita bagi alasan2 yang sama dia tak nak terima pula.

11. GST dilaksanakan untuk semua lapisan masyarakat tak kira miskin kaya.

12. Tak fikir pula yang orang2 miskin terasa mereka dibebankan dengan satu jenis cukai lagi berbanding cukai2 sedia ada. Jangan lupa. Walaupun GST pengganti kepada SST. Tetapi jaringan kutipan cukai dalam GST lebih luas berbanding SST. Walaupun SST = 10%. Dan GST = 6%. Tapi konsep SST ialah = semua barangan tidak tertakluk dengan cukai sehingga dibuktikan sebaliknya. Konsep GST ialah = semua barangan tertakluk kepada cukai sehingga dinyatakan sebaliknya. Ini ramai geng2 BN taknak sebarkan. 

KENAPA?

KALAU JENIS KAKI KELENTONG TUE. KAKI KELENTONG LA JUGA.

Kbai.