t>

Breaking News

PAS Cadang Bina Taman Tema Alquran Terbesar Di Dunia.


Konsep dia. Sambil berhibur. Sambil belajar Alquran. Sambil berpahala. Ia mungkin idea yang menarik. Apa kata PAS siap sedia dengan plan yang lengkap dan terperinci tentang cadangan tersebut bagi tujuan perbahasan?
Boleh la diperhalusi bersama2. Kita taknak la taman tema macam ayam bacaan zikir ke apa pula nanti jadinya. Yang ada neh sudah-sudah la. 
Baca ;
Dengan kemunculan taman tema yang pelbagai di Malaysia sejak kebelakangan ini, hanya masa menentukan sebelum seseorang membuka mulut memberikan cadangan untuk Malaysia mempunyai taman tema bertemakan Islamik.
Ahli Parlimen PAS, Ahmad Marzuk Shaary mencadangkan agar Malaysia membangunkan sebuah taman tema Al-Quran terbesar yang pertama di dunia dan dipercayai mampu menarik lebih ramai pelancong dan mendatangkan lebih banyak pahala kepada negara.
“Di Malaysia, kini sudah ada Legoland, Sunway Lagoon dan Lost World of Tambun. Kini sudah tiba masanya seluruh dunia datang ke Malaysia untuk mempelajari Al-Quran di dalam taman tema,” ujarnya ketika membahaskan ucapan Bajet 2015 di Dewan Rakyat seperti dilaporkan mStar Online hari ini.
Beliau turut mencadangkan taman tema itu dibahagikan kepada 113 bahagian untuk melambangkan 113 surah dalam Al-Quran dan yakin kerajaan PAS Kelantan akan berkenan untuk memberikan tanah dan lokasi untuk taman tema tersebut.