t>

Breaking News

6 Kilang Roti Diarah Tutup - Kenapa Tidak Dedahkan Nama Kilang Dan Jenama Roti?

Babi betul la.

Ini yang aku marah sangat dengan dorang neh. Laporan terkini dari Awani menyatakan bahawa terdapat 6 kilang roti diarah tutup selepas gagal patuhi aspek2 keselamatan yang sepatutnya.

Keenam2 kilang tersebut diarahkan tutup bermula semalam.

Baca sat ;


Antara yang dilaporkan ;

Ku Nafishah berkata, selain  kotor, pemakaian aksesori di kalangan pekerja dan pengurusan bahan mentah yang tidak sempurna menjadi salah satu faktor kilang terbabit ditutup .

Ujarnya lagi, pihaknya kesal kerana pengusaha premis makanan di negeri itu tidak mengambil berat  amaran yang dikeluarkan sebelum ini  supaya semua pengusaha mematuhi prosedur yang ditetapkan.

“Sebahagian daripada kilang yang ditutup tidak menjaga kebersihan secara konsisten. Jika mereka mahu mencuci, mereka akan cuci dan begitulah sebaliknya. Sewaktu kita membuat pemeriksaan, mereka cuci. Kali ini ia tidak diselenggarakan dengan baik. Kita terpaksa menutup premis tersebut. Sepatutnya kilang mempunyai prosedur yang konsisten dan berjadual agar kebersihan dijaga sepanjang masa.” ujar Ku Nafishah Ku Ariffin selaku Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Yucks. Orang2 Penang la ber-risiko tinggi telah termakan mungkin salah satu ataupun kesemua jenama2 roti yang dipasarkan tersebut.

Oleh kerana kes berlaku di Penang, adalah amat wajar untuk kerajaan negeri Penang amek tindakan bagi mendedahkan kepada umum apakah jenama2 dan kilang2 roti yang terlibat. Kalau sekalipun ia bukan dibawah bidang tugas kerajaan negeri sekalipun takan kerajaan negeri tak boleh campurtangan agar pengguna diberikan hak untuk tahu apakah kilang2 yang terlibat.

Ini penting bagi melindungi hak pengguna.

Dan ini juga penting supaya pengguna sentiasa mendapatkan makanan yang bersih. Dan paling2 penting supaya pihak2 yang terlibat tidak mengambil jalan mudah bagi membuka semula operasi kilang mereka. Bila orang dah tahu, dan mula ahti2 dengan jenama roti2 keluaran mereka, mungkin dari situ baru la mereka bertungkus lumus untuk patuhi piawaian kebersihan yang ditetapkan. Satu lagi. Untuk elakkan pihak2 tertentu guna jalan belakang bagi tutup kes.

Masyarakat perlu tahu jenama2 roti tersebut. Berhenti lindungi peniaga2 yang tamak. Tolong fikir sama hak pengguna macam kami neh woi.