DAP Persoal Peranan Sekolah Agama Demi Bela Sekolah Jenis Cina.

Parti yang bodoh. Sudah la racist. Buat perbandingan bodoh lagi tue.



Sebelum orang memekak marah aku demi nak bela parti racist DAP. Biar aku jelaskan dulu point aku.

Aku memang menolak semua sekolah jenis cina, tamil dan melayu. Aku mahu kepada sekolah jenis Malaysia. Dari Malaysia untuk Malaysia. Aku mahu semua pelajar menerima pendidikan yang sama tanpa perbezaan taraf miskin kaya. Dan aku mahu semua pelajar2 diberikan ruang untuk belajar apa2 yang mereka sukai. Aku suka jika subjek mandarin, jawi, tamil, arab dijadikan subjek penuh di sekolah Malaysia. Aku tak pernah ada masalah dan aku juga tiada masalah jika terdapat subjek2 untuk mengenal agama lain, kaum lain, budaya lain atau apa2 saja yang related dengan Malaysia diajarkan di sekolah2 bagi memupuk persefahaman antara mereka2 yang berbeza kaum dan agama.

Aku suka jika sekolah melengkapkan sistem pendidikan dengan muzik dan sukan sebagai aktiviti tambahan (malas nak elobarate detail tapi secara asas sekolah Malaysia + sekolah muzik + sekolah sukan = sekolah berdasarkan bakat, minat dan bimbingan). Pendapat aku tentang sekolah Malaysia adalah mengutamakan anak bangsa Malaysia. Bukan macam PR dan BN. Mereka hanya membela sekolah jenis cina atas nama politik. Jika mereka mahu reformasikan sistem pendidikan demi membentuk perpaduan antara kaum memang boleh. Persoalannya dorang taknak sebab too much politiking here and there.

Bagi aku. Nama sekolah aje dah menekankan ciri2 racist. Sekolah jenis cina. Aku tiada masalah jika sistem pendidikan cina diserap ke dalam sekolah Malaysia dan tukar nama sekolah tersebut agar ia lebih berbilang bangsa. Tapi masalahnya apa2 cadangan yang menyentuh penambahbaikkan sistem pendidikan negara untuk mematahkan tembok diskriminasi akan ditolak habis-habisan oleh parti DAP dan MCA tanpa beri ruang kepada penjelasan dan perdebatan. Seolah2 teruk sangat kita neh nak hapuskan sekolah tempat anak bangsa mereka belajar. Begitu teruknya lahai cara mereka pentingkan diri sendiri. Keras DAP, maka kerasla kita sebab kita mahu menolak amalan racist. 

DAP kembali lagi dengan mempersoalkan peranan sekolah agama dan mengatakan sekolah agama juga bersikap diskriminasi kerana hanya menerima kaum tertentu.

Baca ;


Instead of mempersoalkan sekolah agama, DAP patut persoalkan UITM, institusi pendidikan dan mana2 sekolah berasrama penuh yang hanya menekankan kemasukkan satu2 bangsa. Bila aku kata aku menolak sekolah dan sistem pendidikan berasaskan bangsa ia termasukla aku menolak jika satu2 sekolah tersebut hanya menekankan pelajar2nya ialah bumiputera semata2. Bukan hanya sekolah jenis cina semata2. Sekolah jenis cina memang beri peluang kepada pelajar melayu untuk masuk. Tapi. Itu. Jika hanya terdapat kekosongan. Jika tidak, hanya pelajar2 berbangsa cina yang diutamakan.

Oke. Berbalik kepada point.

- Sekolah agama adalah berdasarkan anutan dan kepercayaan. Bukan berdasarkan bangsa. Kat sini DAP dah silap tembak.

- Sekolah jenis agama juga mempunyai pelbagai kaum namun satu agama. Iaitu Islam.

- Sekolah jenis agama di Kelantan sudah lama terbuka kepada kemasukkan non muslim ke dalam sekolah mereka.

- Namun. Sekolah jenis agama adalah sebuah sekolah yang mementingkan aspek2 berkaitan keagamaan. Selesa ke non muslim nak belajar kat sekolah2 macam tue? Hatta azan kuat pun ada yang komplen doe. Yang

- Kalau anak2 mereka belajar Islam dan convert kepada Islam dah kena tuduh memurtadkan dan cubaan memuslimkan anak2 non muslim pula.

- Boleh ke PEMIMPIN2 DAP bersikap terbuka tentang perkara tersebut?

- Sekolah jenis agama tidak melarang kemasukkan non muslim pun.

- Nak masuk, masuk la.

Sekarang pimpinan DAP tak faham point. Bahkan BN dan PR pun sama. Penyokong2 dorang yang gila taksub pun sama. Apa yang diimpikan oleh anak bangsa Malaysia macam aku cumala satu sekolah. Yang ada kepelbagaian aliran. Pelajar2 diberikan ruang untuk belajar berdasarkan minat, bakat dan kemahiran. Dalam satu sekolah yang ada pelbagai bangsa dan agama. Aku belajar mandarin, dia belajar jawi. Aku belajar tentang agama buddha untuk faham perbezaan, dia belajar tentang Islam untuk memahami sensitiviti muslim. Dan kita belajar di satu sekolah yang sama. Dan semakin banyak kita cuba untuk kenal perbezaan2 di antara kita maka semakin kita faham kenapa perbezaan2 itu perlu dihormati. Itu saja. Tapi. Biasalah. Millage politik mahukan politik racist demi mengekalkan kuasa. Selagi mana parti politik racist memimpin kita, selagi itulah sekolah untuk anak bangsa Malaysia tidak akan menjadi realiti kat negara neh.

Renung2kan la ek.

Kbai.

Share this :

Previous
Next Post »