Harga Bil Bulanan Astro Naik RM5 - Bung Moktar Disindir Speaker Isu ASTRO.


Aku nak betulkan kenyataan MP BN Bung Moktar. 

Pertama. Kerajaan untung bila ASTRO meletakkan iklan di channelnya sebab kerajaan juga adalah pemilik saham ASTRO.

Kedua. Jika diseru kerajaan suruh saman, apakah logik kerajaan nak saman syarikat yang kerajaan ada saham dalamnya? 

Nampak?

Bung tatau fakta.

ASTRO kenakan iklan = kerajaan juga kaut untung.
ASTRO naikkan kadar = kerajaan juga kaut untung.

Apa jadah kerajaan kau nak saman syarikat yang dia ada saham di dalamnya bila kerajaan juga turut mendapat keuntungan dalam masa yang sama? Dua keuntungan yang kerajaan raih ialah hasil cukai dan hasil keuntungan tahunan. Takde masa la kerajaan nak layan tuntutan kau Bung. Kau pun macam tak faham2 pula kaitan kerajaan dengan ASTRO. Nak tunjuk jaguh p serang ASTRO. Kalau betul2 nak serang p serang kerajaan dan menteri yang kawtim dengan ASTRO tue dulu la bengap.

Haha. 

Baca ;


Ahli Parlimen BN-Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin mendakwa saluran televisyen berbayar, Astro telah menipu kerajaan dan rakyat dengan menyiarkan iklan.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan mengambil tindakan terhadap stesen televisyen berbayar itu.

“Berdasarkan perjanjian, Astro tidak boleh menyiarkan iklan sebab ianya TV berbayar. (Ini) kalah TV3 (banyak iklan), kita tak nampak mereka dibawa ke mahkamah,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015 Peringkat Jawatankuasa Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat.

Memetik laporan BNBBC, Bung berkata, Astro mengutip iklan berbillion ringgit tetapi rakyat dan kerajaan ditipu dan menggesa, “Tutup sahaja Astro ini sebab tidak menguntungkan (rakyat dan kerajaan).”

Terdahulu, beliau mengecam tindakan syarikat tersebut menaikkan bayaran RM5 baru-baru ini namun mutu perkhidmatan masih tidak baik selain mengulang siar program sama dan lama.

Kecaman Bung Moktar terhadap Astro turut mengundang usikan daripada Timbalan Speaker Ismail Mohamad Said yang mengusik: “Kinabatangan (Bung Moktar) tak bimbang kalau ada pelakon yang tak dibenarkan masuk Astro.”

Usikan itu merujuk kepada isteri Bung Moktar, Zizie Ezette merupakan pelakon dan terdapat dramanya turut disiarkan di stesyen tersebut.

Usikan Ismail itu menyebabkan ahli-ahli parlimen turut gelak tetapi turut dijawab sambil gelak oleh Bung Moktar, katanya “rezeki ada di mana-mana”

Sementara itu, ketika menjawab persoalan berkaitan Astro, Timbalan Menteri Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari berkata, iklan yang disiarkan hanya 10 minit untuk setiap sejam dan iklan merupakan satu yang universal bagi stesyen televisyen berbayar.-nmp 


 Menerusi notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak Astro, caj tambahan sebanyak RM5 akan dikenakan pada bil bulanan pelanggan/ pengguna Astro yang melanggan perkhidmatan siaran berdefinisi tinggi (HD) berkuatkuasa mulai 1 Disember 2014.

Tambah kenyataan Astro lagi, kenaikan itu berikutan proses naik taraf perkhidmatan Astro HD dengan tambahan 8 Saluran HD terbaru mulai 16 November 2014.


Klik sini jika video gagal load.

Share this :

Previous
Next Post »