Khalid Ibrahim Lari Dari Persidangan DUN Selangor Lagi..


Wakil rakyat tak boleh bertindak berlandaskan emosi walaupun emosi dia terjejas teruk angkara fitnah. Kalau rasa2 tak boleh nak tumpukan perhatian pada kerja angkara isu peribadi ada baiknya letak jawatan dan diadakan PRK semula. Masyarakat akan faham. Dan boleh faham. TSKI mungkin rasa kurang selesa untuk berada2 di dalam sidang DUN yang mana rata2 wakil2 rakyat dalam persidangan tersebut adalah mereka2 yang telah melemparkan fitnah yang maha dasat ke atasnya.

Fitnah satu hal.
Yang menipu TSKI pun satu hal juga.

Tapi. Tak adil juga pengundi di kawasan TSKI dimangsakan akibat keadaan tersebut. Sepatutnya TSKI menjadi pembangkang dalam pembangkang. Memerhatikan dan menilai setiap perkara yang dibuat oleh kerajaan negeri dan bangkitkan keraguan yang munasabah jika terdapat unsur2 yang boleh menjejaskan masyarakat. Macam TSKI kena dulu la. Ini masa dia buat balik. Cuma jangan la tiru stail PR dan BN yang suka fitnah musuh2 depa atau pihak2 yang depa cuba jatuhkan. Just bagi fakta sudah la.

Kalau rasa2 tak boleh nak teruskan kerja sebagai wakil rakyat akibat isu dalaman ada baiknya TSKI berundur secara baik dan focus kat parlimen jek. Kalau kat parlimen pun ponteng dan makan gaji buta gak macam sebelum2 neh. Elok berhenti je la dari jadi wakil rakyat.

Nak ikut emosi. Memang rasa kesian atas apa yang berlaku terhadap TSKI. Tapi. Emosi bukan boleh mendatangkan atau menyelesaikan apa2 masalah rakyat tertindas pun. Tak guna gak kita nak rasa kesian berlebih2an kalau akhirnya wakil rakyat pilihan kita tak buat kerja kan.

Harap2 TSKI boleh bersegera 'memperbaiki' keadaan emosi dia dan fikir masak semasaknya. Samada nak terus ponteng dan lari dari persidangan DUN Selangor dan makan gaji buta tanpa penglibatan langsung dengan DUN melainkan buat kerja2 kawasan (itupun kalau buat la kan) ataupun meletak jawatan dan biar orang lain yang jadi wakil rakyat kat situ.

Lue fikirlah sendiri ek.

Bekas Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat tergesa-gesa meninggalkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) sebelum penggantinya, Mohamed Azmin Ali membentangkan Bajet 2015.

Khalid yang menerima kecaman hebat ekoran bayaran pampasan lebih RM2.5 juta kepada bekas pembantunya dilihat meninggalkan perkarangan Setiausaha Kerajaan (SUK) di Shah Alam pada pukul 11 pagi tadi, separuh masa semasa sesi soal jawab.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelabuhan Klang itu bagaimanapun tidak bercakap dengan sesiapa tanpa sempat dihidu warga media.

Share this :

Previous
Next Post »