Lelaki Muslim Dibenarkan Berpakaian Seperti Wanita Mengikut Perlembagaan Malaysia.


Lelaki muslim tau kita tengah sembang neh.

HAHAHAHAHAHAHA

Perlembagaan kata boleh. Automatik tidak salah dari segi undang2. So sesiapa yang menghukum mana2 lelaki transgender disebabkan berpakaian seperti wanita adalah bercanggahan dengan perlembagaan negara. Perlembagaan Lord Reid copy paste UMNO dari BRITISH ketika zaman penjajahan dulu.

HAHAHAHA

Lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Mohd. Hishamudin Mohd Yunus yang termasuk Hakim Aziah Ali dan Lim Yee Lan membuat keputusan Seksyen 66 Enakmen Syariah (Negri Sembilan) 1992 tidak sah dari segi perlembagaan melalui Perlembagaan Persekutuan Artikel 5, 8,9 dan 10 lapor Malaysian Insider.

Sebelum ini menjadi satu kesalahan bagi golongan lelaki yang beragama Islam untuk memakai dan berkelakuan seperti wanita.

Keputusan ini juga memberi maksud undang-undang yang berkaitan yang diamalkan di negeri dan wilayah persekutuan juga batal dan tidak sah, berdasarkan laporan yang sama.

Artikel 5(1), 8(1), 8(2), 9(2) dan 10(1) Perlembagaan Persekutuan memastikan hak kebebasan asasi rakyat Malaysia.

Keputusan ini dilakukan selepas rayuan tiga transgender yang beragama Islam yang menyatakan Seksyen 66 Undang-Undang Syariah tidak sah dari segi perlembagaan.

Mereka dakwa seksyen itu mendiskriminasi hak bersuara, hak untuk bergerak dan hak mereka untuk hidup tanpa diganggu.

“Kami melihat keputusan ini selepas deklarasi yang diminta daripada ketiga-tiga perayu ini selepas keputusan yang dilakukan oleh Mahkamah Tinggi.

“Pakaian adalah satu bentuk ekspresi seseorang, di mana pandangan kami dilindungi di bawah Artikel 10 (Kebebasan Bersuara),” kata beliau dalam satu laporan The Star.

Beliau turut memberitahu enakmen syariah itu tidak boleh dipakai memandangkan perayu mengalami Gender Identity Disorder (GID) yang menyebabkan mereka berpakaian seperti wanita.

Keputusan itu mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada bulan Oktober 2012 yang memutuskan mereka perlu mematuhi enakmen itu kerana mereka adalah golongan Muslim dan dilahirkan lelaki.

Muhammad Juzaili Mohd Khamis, Shukor Jani and Wan Fairol Wan Ismail yang pernah beberapa kali ditahan kerana melanggar enakmen negeri itu akhirnya memfailkan semakan kehakiman untuk mengisytiharkan Enakmen Syariah di Negeri Sembilan itu tidak berperlembagaan.

Berdasarkan laporan New Straits Times, mereka menamakan kerajaan negeri Negeri Sembilan, bahagian Hal Ehwal Islam dan pengarah kerajaan negri Sembilan dan ketua pendakwa raya dan ketua penguatkuasa Syariah sebagai pihak responden.

Pihak kounsel Aston Paiva Philip mewakili perayu manakala penasihat undang-undang negeri Negeri Sembilan bertindak sebagai wakil pihak responden.

Hishamudin berkata, Mahkamah Tinggi Seremban juga membuat kenyataan dan dapatan yang bertentangan dengan bukti-bukti dan dicemari prasangka peribadi.

Hakim itu berkata Seksyen 66 dirangka untuk mencegah kesan negatif kepada masyarakat, untuk membendung kegiatan homoseksual dan lesbian yang menyebabkan penyebaran HIV.

"Kes ini tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan homoseksual. Kes ini mengenai lelaki Islam dengan keadaan perubatan yang dikenali sebagai GID," katanya kepada Malaysian Insider.

Hishamuddin berkata pihak hakim juga tidak mengambil kira bukti perubatan yang tidak disangkal di hadapannya.

Beliau berkata pihak berkuasa negeri gagal menolak laporan perubatan yang dikemukakan oleh pakar psikiatri Dr Ang Jin Kiat dan pendapat daripada pakar perunding psikiatri Dr Deva Dass.

“Mufti negeri telah memberikan pendapatnya apabila pertikaian ke mahkamah.

"Kami ingin menjelaskan sama ada atau tidak Seksyen 66 selaras dengan ajaran Islam atau tidak bukan satu isu dalam kes ini," kata Hishamudin.

Berdasarkan laporan perubatan, perayu telah didiagnos dengan GID dan telah mengambil perubatan horman dan menggunakan nama yang lebih feminin dalam kehidupan mereka.

"Menurut pakar psikiatri, mereka sebenarnya berjiwa perempuan, terperangkap dalam tubuh lelaki lalu mereka berpakaian perempuan," kata Philip kepada Malaysian Insider.

Beliau berkata, ini bukan pilihan anak guamnya dan GID akan kekal dalam diri mereka sehingga ke akhir hayat. -AS-

Share this :

Previous
Next Post »