t>

Breaking News

Papa Gomo Adalah Anwar Ibrahim Kata Papa Gomo.


Sudah sampai masanya untuk Papa Gomo p check in kat mana2 hospital mental atau sakit jiwa bagi mengubati penyakit yang dia hadapi. Makin kronik dah aku tengok. Itulah. Time buat blog kemain lagi dok cabar mencabar suruh saman. Bila dah kena saman, taknak keluarkan diri. Bila dah kantoi sampai terpaksa hadirkan diri di mahkamah taknak mengaku pula dia individu yang disebalik blog. Bila dah kalah saman, buat cerita sedih.

Kenapa bukan dari awal lagi kita tidak perlu menfitnah dan mencabar? Even aku yang tak sebar fitnah pun tak berani nak cabar saman tau. Sebab pada aku la, saman bukan untuk tunjukkan kau betul atau salah ikut zaman sekarang. Saman adalah cara yang digunakan oleh orang2 kaya yang mahu menutup mulut orang2 miskin. Yes, dalam sesetengah kes, saman adalah untuk membela kebenaran dan keadilan macam dalam kes Anwar menyaman Papa Gomo adalah untuk pertahankan maruah Anwar yang difitnah secara berulang kali oleh Papa Gomo. Tapi ada juga dalam kes2 lain, saman digunakan untuk menghentikan kebenaran dari terus diperkatakan.. 

Baca ;

Individu yang disaman Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kesalahan memfitnah Ketua Pembangkang itu, Wan Muhammad Azri Wan Deris hari ini mengeluarkan kenyataan berbentuk 'Q and A' di laman Facebooknya berkaitan kes tersebut.

Menerusi Facebook Sir Azri, Wan Muhammad Azri dilihat memberi jawapan kepada beberapa soalan yang diajukan oleh kenalannya berhubung kes saman fitnah diantara dirinya dengan Anwar.

Antara soalan yang diberikan oleh kenalannnya ialah bagaimana dia ingin menjelaskan jumlah bayaran saman kepada Anwar yang berjumlah RM850,000 dan adakah dia memiliki wang yang mencukupi untuk menjelaskannya?

"Jika mahkamah sudah arahkan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim tuntut RM850 ribu maka saya akan bayar kepada beliau dengan menjual apa yang saya ada. (Kecuali Punggung).

"Tidak cukup wang ataupun aset yang saya ada. Terpulang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sama ada beliau mahu bangkrapkan saya atau pun tidak," katanya menerusi laman sosial itu.

Wan Muhammad Azri membuat keputusan untuk melawan Anwar tanpa diwakili seorang peguam kerana yakin mampu melakukannya (lawan) walaupun hanya mempunyai pendidikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan tiada kepakaran dalam bidang guaman.

Menerusi kenyataannya, Wan Muhammad Azri mengakui tindakan dirinya untuk melawan secara bersendirian kerana tidak mampu membayar kos guaman diperingkat Mahkamah Rayuan kerana kos yang agak tinggi dan masih belum melangsaikan baki bayaran pihak peguam di Mahkamah Tinggi yang lalu.

"Saya nak tunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa jika kita benar tidak ada apa yang kita perlu takutkan walaupun seseorang itu besar pangkatnya dan mempunyai wang yang banyak. Apa yang saya tunjukkan adalah untuk memberikan kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa kita hanya perlu takut kepada Allah SWT dan selain itu kita tidak perlu untuk takut," tambahnya.

Wan Muhammad Azri juga yakin pihaknya akan mendapat kemenangan diperingkat Mahkamah Rayuan.

"Saya cukup yakin kerana hari ini para hakim dan pihak mahkamah juga tahu bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bukhari dan rekod terdahulu juga yang dibuat hakim Mahkamah persekutuan menyatakan bahawa "Liwat berlaku namun atas faktor kesilapan teknikal Anwar Ibrahim dibebaskan", katanya.

Pada akhir soalan dikenyataan tersebut, Wan Muhammad Azri telah diajukan soalan adakah dia adalah Blogger Kontroversi Papa Gomo?

"Saya tidak tahu siapa Blogger Papa Gomo tapi ikut makluman Papa Gomo adalah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim pemilik Blog Papa Gomo. Jika bukan Anwar Ibrahim macam mana Blogger Papa Gomo boleh ada bermacam koleksi 18SX Anwar Ibrahim?

"Muka macam saya tapi bukan saya," katanya ringkas.

Pada 28 Februari lalu, Mahkamah Tinggi memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi sebanyak RM800,000 dan kos RM50,000 kepada Anwar selepas mendapati Anwar berjaya membuktikan kes saman fitnahnya terhadap beliau - RakyatNews