t>

Breaking News

Penjelasan Saksi Insiden Ibu Yang Maut Akibat Dilanggar Motor Kerana Mahu Selamatkan Anak.

Semalam kecoh satu cerita di laman sosial. Ia adalah berkenaan seorang ibu yang sedang menghantar anaknya yang berusia 12 tahun (darjah 6) ke sekolah. Ketika sedang melintas jalan, tiba2 terdapat sebuah motor yang dibawa oleh seorang pelajar meluru dengan laju kepadanya. Ibu tersebut kemudiannya, menolak anaknya yang berusia 12 tahun daripada kena langgar. Namun, sayangnya, dia tidak dapat menyelamatkan dirinya dari dilanggar oleh motor tersebut.

Berikutan daripada perlanggaran tersebut, si ibu maut di tempat kejadian serta merta.

Antara gambar2 kejadian. 


Dalam ruangan komen2 tersebut, memang ramai lak yang kritik dan kutuk pelajar tingkatan 4 yang dikatakan punca utama kepada kejadian tersebut. Yang mana tindakan dia telah menyebabkan seorang ibu yang tidak berdosa maut di lokasi kejadian.

Dok bawa motor laju2. Depan sekolah pun dok bawa laju2. Tak fikir ke apa. Bab budak2 yang suka bawa motor laju2 neh aku sebenarnya jarang jumpa. Siyes. Kalau dorang pakai baju sekolah biasa dorang bawa steady jek. Tapi. Sekali depa buka baju sekolah. Perghh kau. Memang ada di antara mereka yang bawa tak hingat donia.

Sekarang neh, ramai yang dok kata pelajar tue sebenarnya kena fitnah. Cuba baca jap penjelasan dari saksi di tempat kejadian ;


Aisehmen. Kena fitnah ke pelajar tue? Pelajar tue terkejut? Makcik tue terkejut? Makcik tue melintas tengah2 jalan dan tak perasan kehadiran motor? Pelajar tue dok menyelit di celah2 kereta dan tak perasan kehadiran makcik tue untuk melintas jalan?

Jap.

Aku pun memang penunggang motor.

Kalau bawa slow boleh brek. 

Kau menyelit tengah2 kereta pun, kau tetap melihat ke depan. Bukan melihat ke belakang. Bila kau melihat ke depan, maka kau mesti nampak apa2 yang akan melintas di depan kau.

Time menyelit2 di celah kenderaan memang tak boleh bawa laju punya. Kau mesti bawa slow punya sebab kau tengah menyelit kan.

Tapi. Aku rasa penjelasan saksi agak kurang menyakinkan.

Ada baiknya tunggu laporan rasmi dari polis. Samada pelajar tersebut salah ataupun tidak.Yang pasti pada semalam seorang anak kehilangan ibu. Seorang suami kehilangan isteri. Dan seorang ibu sanggup korbankan nyawa demi anak tercinta. Samada motor yang melanggar dia laju ke tak laju ke apa ke itu tak mengubah fakta kes bahawa si ibu sanggup mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan anak tercinta. Oke?

Bai.