t>

Breaking News

PM Contohi Nabi Kata Ustaz Fathul Bari.

Nak bodek tak agak2.

Hadoi. Lawak gile.

WAKAKAKA


Semua neh gara2 Najib dipertikaikan kerana memungkiri janjinya dalam isu hapuskan akta hasutan. Pada tahun 2012, Najib berjanji bahawa dia akan memahsuhkan akta2 yang lapuk dan tak relevan. Antaranya akta hasutan dan ISA. Tapi pada tahun 2014, Najib bukan sahaja tidak menunaikan janjinya untuk memahsuhkan akta hasutan bahkan bercadang memperkukuhkan akta tersebut dengan mendakwa sesiapa yang menghina agama Islam atau agama lain dan sesiapa yang berkempen untuk keluarkan Sabah dan Sarawak dari Malaysia.

Then. Ramai la yang kritik Najib tak tunaikan janji apa semua.

Selepas itu macam biasa taktik pemimpin negara. Laju2 panggil ulama untuk mekap image mereka gunakan agama. Kat sini individu yang ditugaskan untuk mekap image Najib untuk nampak suci, betul, alim dan bagus ialah UFB.

Hehe.

Sememangnya betul apa Najib tak tunaikan janji dia.

Dia patut fikir masak2 dulu. Kaji betul2. Sebelum umumkan apa2. Dah memang salah dia umumkan sesuatu yang dia tak boleh nak realisasikan apa. Dan memang salah dia juga tidak berunding dengan pihak2 tertentu sebelum membuat apa2 keputusan. Tak payah nak puji sangat la. Memperbodohkan diri aje semua tue. 

Yang aku pelik tue. Kalau bab nak membetulkan image Najib beria2 heret NABI apa semua. Kalau bab harga rumah, menindas rakyat, naikkan harga barang, rasuah, seleweng takde plak heret NABI bagai.

Hak ala.

Jual agama oooo jual agama.

Baca ;

Tidak timbul isu mungkir janji jika hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan Akta Keharmonian Nasional tidak menjadi kenyataan.

Pengerusi Biro Pendidikan Tinggi Pemuda Umno Malaysia, Fathul Bari Mat Jahya bagaimanapun berkata hasrat Presiden Umno itu hanyalah pandangan peribadi beliau dan tindakannya itu telah mendahulukan kepentingan suara majoriti.

"Soalnya sekarang ini, cadangan Perdana Menteri itu adalah pandangan peribadi beliau, setelah mendengar suara rakyat, suara majoriti dan ketetapan dalam Parlimen, maka sudah tentu kena dahulukan suara majoriti.

"Dalam konteks negara kita, pembangkang atau kerajaan, mempromosikan demokrasi, hak bersuara, hak memberikan pendapat dan pandangan, suara majoriti itu perlu didahulukan," katanya kepada Sinar Online pada Persidangan Agung Umno 2014, di PWTC, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas keputusan kerajaan yang mahu mengekalkan Akta Hasutan 1948 yang diumumkan Najib dalam ucapan dasar beliau pada Perhimpunan Agung Umno 2014, semalam.

Akta Hasutan bukan sahaja dikekalkan malah beberapa penambahbaikan akan dilakukan termasuk memasukkan dua perkara baharu.

Antaranya ialah melindungi kesucian Islam dan larangan menghina agama lain serta mengenakan tindakan terhadap mana-mana pihak yang cuba menghasut supaya Sabah dan Sarawak keluar dari Persekutuan Malaysia.

Mengulas lanjut, beliau turut membidas kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan Najib sebagai seorang yang mungkir janji.

Beliau berkata lagi, tindakan Najib juga tidak menyalahi Sunnah Nabi Muhammad SAW di mana baginda sendiri meraikan pendapat umum ketika berdepan dengan suasana peperangan.
"Nabi bagi cadangan berperang dalam peperangan Uhud di dalam bandar Madinah, oleh kerana majoriti sahabat Nabi tidak bersetuju.

"Mereka (sahabat) mahu berperang di luar bandar Madinah, jadi Nabi meraikan majoriti dan mengetepikan pendapat peribadi baginda.

"Ini menunjukkan bahawa kerajaan mengamalkan dasar terbuka dan sentiasa berusaha untuk berubah setelah menerima nasihat dan teguran," katanya lagi. -SH-