t>

Breaking News

Selepas Buat Onar, Mat Yo Tinggalkan JDT.


Eh eh buat2 ayat simpatatik plak kau Mat Yo. Dah puas ke kau berlagak selama neh? Selamanya kau ingat kau di atas? Aku syak ko berambos sebab TMJ dah menyirap dengan kau kan? Mengaku aje la. Sapa suruh tak masuk gol.

WAKAKAKAAK..

PEMAIN kontroversi Piala Malaysia 2014, Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo mengesahkan meninggalkan pasukannya JDT untuk saingan musim akan datang dan memilih berpindah ke ATM.
Mat Yo akan bergandingan kembali dengan bekas jurulatihnya di Kelantan, B.Sathianathan.
“Ya, saya akan bermain untuk ATM musim hadapan kerana saya ingin memulihkan karier saya selepas banyak menghabiskan masa ditepi padang (musim ini),” katanya.
Mat Yo yang menerima kecaman hebat sesudah berakhirnya perlawanan akhir Piala Malaysia pada Sabtu lepas berazam tebus maruah dirinya pada pertandingan Piala AFF Suzuki pada hujung bulan ini.
Akibat kekalahan JDT, Mat Yo dipersalahkan peminat selepas gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga tewas kepada Pahang pada perlawanan akhir itu.
Mat Yo bertindak memohon maaf kepada peminat tetapi bertekad untuk kembali membuktikan kebolehan dirinya dengan membantu pasukan kebangsaan mencapai kejayaan.
““Buat masa ini saya sudah melupakan kekecewaan tersebut kerana apa yang penting ialah saya perlu memberi fokus menghadapi masa hadapan,” katanya kepada Kosmo!
“Saya sendiri tidak tahu mengapa penyokong dan peminat menyalahkan saya serta menjadikan ia satu isu besar.
“Tetapi, saya tidak salahkan mereka dan saya juga tidak kecewa dengan tindakan mereka. Sebaliknya saya akan jadikan kritikan dan kecaman ini sebagai pembakar semangat kepada diri saya untuk meneruskan karier sebagai pemain,” ujarnya.
Sementara itu, jurulatih pasukan Kebangsaan, Dollah Salleh menyeru peminat agar berhenti menyalahkan Mat Yo kerana beliau bimbang penyerang itu tidak akan berada dalam keadaan mental yang bagus bagi menghadapi Piala AFF.
“Beliau telah menghantar SMS kepada saya mengatakan beliau dalam keadaan tertekan sekarang.
“Saya nasihatkannya supaya bertenang dan berikan tumpuan kepada pasukan kebangsaan,
“Semua orang mengecamnya… ini tidak patut. Kita tidak boleh menyalahkan seorang kerana gagal menyempurnakan penalti dan pemain yang hebat juga pernah gagal,” katanya.