t>

Breaking News

6 Disoalsiasat Polis Insiden Keganasan Di SSA Tapi Tidak Akan Didakwa.

Enam penyokong Malaysia ditahan dalam perlawanan separuh akhir Malaysia menentang Vietnam Piala AFF Suzuki di Stadium Shah Alam, pada 6 Disember lepas. 
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Azisman Alias, lima lelaki ditahan atas kesalahan membakar suar manakala seorang lagi ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan seorang penyokong Vietnam.
Menurutnya, lima lelaki itu ditahan kerana didapati mengingkari arahan polis selepas membakar suar di dalam stadium ketika perlawanan berlangsung walaupun dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian.
“Seorang lagi lelaki ditahan kerana terbabit dalam pergaduhan dengan penyokong Vietnam pada minit akhir perlawanan selepas provokasi dari penyokong Malaysia.
“Semua lelaki yang ditahan berusia 20an dibebaskan selepas diambil keterangan awal pagi tadi,” katanya.
Azisman berkata, pergaduhan itu dileraikan dengan tindakan pantas polis namun penyokong Vietnam yang cedera enggan membuat laporan polis walaupun dinasihatkan untuk berbuat demikian. Beliau berkata, penyokong Vietnam itu mengalami cedera ringan di kepala.
“Kekecohan yang berlaku pada 10 hingga 15 minit sebelum perlawanan tamat susulan provokasi penyokong Malaysia yang membaling objek ke arah penyokong Vietnam.
“Kami hanya menahan penyokong yang terlibat untuk tujuan dokumentasi dan tidak disiasat di bawah mana-mana seksyen jenayah yang ada,” katanya. -ST-