t>

Breaking News

Bil ASTRO, Internet Mangsa Banjir YG Terjejas, Bagaimana?


Syarikat telekomunikasi dan ASTRO perlu menjawab perkara ini. Seperti yang kita ketahui musibah banjir telah melanda di beberapa buah negeri.

Ada di antara mangsa2 banjir itu ialah pelanggan ASTRO. Dan ada di antara mereka ialah pelanggan kepada beberapa syarikat yang menyediakan perkhidmatan internet.

Ada di antara mereka yang ;

- Dekoder ASTRO dan modem yang rosak angkara rumah dimasuki air.

- Arial ASTRO (piring) hilang akibat dihanyutkan air banjir.

-  Modem pun hilang juga

Itu tak masuk dengan kerosakan komputer dan laptop yang tak dapat nak diselamatkan.

Kalau ikut gambar di atas agak tidak munasabah nak bagi FREE pada semua rakyat Malaysia disebabkan insiden banjir tersebut. Cuma. Cukupla ASTRO dan penyedia internet membantu dengan cara ;

- Kecualikan bayaran untuk alat ganti seperti dekoder atau modem, wayar dan sebagainya.

- Kecualikan bayaran untuk bulan disember dan januari SEPENUHNYA.

- Kenapa babitkan bulan januari juga? Takut2 pelanggan ASTRO lupa nak alert tentang langanan ASTRO. Keadaan kelam kabut macam neh mana la orang nak ingat segala.

- Untuk pelanggan ASTRO, mereka boleh hentikan langganan sementara. Yang neh pihak ASTRO patut nasihatkan kepada pelanggan2 mereka agar pelanggan tak terikat mesti langgan ASTRO dalam keadaan dilanda musibah neh.

- Dan bila mereka nak sambung SEMULA langganan beberapa bulan selepas itu, jangan pula kenakan caj perkhidmatan atau caj sambung semula.

- Untuk penyedia internet mereka patut kecualikan bayaran langganan internet bagi mangsa banjir ikut keperluan samada under contract ataupun tidak.

- Sekurang2nya untuk bulan disember dan Januari.

- Dan kalau mereka nak batalkan langganan disebabkan musibah atau disebabkan rumah musnah, jangan nak kenakan caj tambahan atau denda pula bagi yang under contract. Orang dah susah nak bagi tambah susah. Agak2 la kau.

- Nak ganti modem atau dekoder atau apa pastikan 100% FREE. Jangan kira dalam bil mendatang.

ASTRO pun tak payah la nak buat wayang minta simpati gunakan program maharajalawak. Konon2 sebahagian dari keuntungan sms akan disalurkan kepada mangsa banjir seolah2 nak mengalakkan orang untuk SMS kepada program tersebut. Karut gila. Kalau sungguh nak menyumbang, direct sudah. Tak payah nak pusing2 jalan ikut cara SMS. Padahal hanya nak mempengaruhi orang agar laju2 SMS kat dia je kot. Wayang ASTRO neh orang bodoh pun nampak permainan dia tau.

Bai.