Gambar Pakcik Zainal YG Buta Mencari Rezeki Mendapat Simpati Di Laman Sosial.

Ini gambar yang viral di laman sosial. 


Ia mengenai kisah kegigihan seorang pakcik yang buta dan sudah agak berusia yang mana berusaha mencari rezeki bagi memenuhi keperluan hidup. Gambar di atas di ambil ketika pakcik tersebut melelapkan mata sebentar dalam tren dengan memegang erat beberapa beg miliknya.

Bersama gambar tersebut, terdapat satu kisah yang turut diviralkan oleh netizens.


Baca lebih lanjut apa yang diluahkan oleh netizens.










Setelah membaca komen2 di atas, beberapa maklumat yang aku dapat kumpul ialah ;

1. Pakcik tersebut bernama Zainal.

2. Usia tidak diketahui, namun dikatakan dia memiliki tempat tinggal dan tinggal seorang diri.

3. Mempunyai seorang anak perempuan yang dipanggil kak Nor. Berusia 30 an dan menjalankan perniagaan.

4. Anak perempuannya kelihatan 'tidak mesra' dengan ayahnya = pakcik Zainal.

5. Pakcik Zainal ini bukan sahaja buta bahkan bongkok. Mungkin disebabkan mengangkat beg2 yang berat dan besar ketika bergerak untuk menjual minyak wangi.

6. Harga jualan minyak wangi ialah 1.50 per botol.

7. Pakcik Zainal juga enggan menerima sedekah atau mendapatkan barang percuma melainkan hanya menjual barang atau sistem bater (bagi barang, dia balas dengan beri minyak wangi). Namun dia orang pelawa makanan dia tidak tolak.

8. Ada yang mengatakan pakcik Zainal ini bekas student UM dan agak berada orangnya. Namun tidak dapat dikenalpasti jika maklumat itu sahih ataupun sekadar spekulasi. Apatah lagi bila ada pengomen yang mengkhabarkan bahawa pakcik Zainal ini dahulunya tinggal di rumah orang2 tua. Hmm..

9. Namun apa yang pasti kegigihannya dalam mencari rezeki, tidak meminta2, tidak mencuri dan tidak pula mengharapkan belas kasihan orang lain sangat mendapat pujian netizens. Disamping keadaannya yang uzur, bongkok, tua dan buta, itu menambahkan lagi rasa kagum sekaligus membuahkan rasa simpati terhadap pakcik Zainal.

10. Dan yang menariknya juga, salah seorang pengomen di atas ialah budak yang berusia 11 tahun. Bernama Adam. Dia bercita2 mahu menyediakan satu bangunan untuk orang2 seperti pakcik Zainal dan menjaga kesemua mereka agar tidak perlu lagi bersusah payah seperti sekarang.

Sekarang apa yang diharapkan agar pihak2 berauthoriti seperti BAITUMAL, JAKIM, JKM dan sebagainya boleh mendapatkan informasi tentang pakcik Zainal dan laju2 menghulurkan bantuan yang sepatutnya.

Aku percaya. Takan sampai sanggup membiarkan seorang pakcik yang uzur, buta dan bongkok, keluar mencari rezeki tanpa mengira cuaca hujan dan panas.. demi memenuhi keperluan hidup. Dan agak kurang ajar juga bagi teksi2 yang enggan berhenti bila melihat penampilan pakcik Zainal seperti seseorang yang tidak berupaya membayar tambang teksi. Sudahla begitu. Mereka kutuk pula bau badan dia. Bukan semua tapi pemandu2 teksi macam neh pada aku keji dan jahanam sungguh kelakuannya. Harap2 kisah pakcik Zainal ini mendapat perhatian dari pihak2 yang sepatutnya dan seterusnya tampil menghulurkan bantuan. Insya-Allah.

Share this :

Previous
Next Post »