Keluarga Susah Ini Perlukan Bantuan - Pejabat Zakat Kat Mana? Dah Mampos?
Yang dilaporkan dalam akhbar tersebut ;
1. Si ibu mempunyai 8 orang anak.
2. 4 masih bersekolah. 2 masih kecil. Manakala 2 yang lain berusia 17 dan 18 tahun.
3. Si ibu menanggung 8 orang termasuk suaminya yang sakit.
4. Anak sulung berumur 18 tahun terpaksa bekerja untuk meringankan beban keluarga.
5. Kesian. Patut budak umur 18 tahun kita hantar dia p belajar lagi. Biar dia ada kemahiran tertentu, ilmu tertentu bagi membantu dia menghadapi dunia kerjaya yang semakin mencabar.
6. Si bapa sebenarnya menghidap 2 jenis penyakit kronik.
7. Penyakit pertama, ketumbuhan di otak. Penyakit kedua, kanser paru2.
8. Rujuk gambar ;
10. Mana dapat gambar di atas? Dari salah seorang ahli keluarga di atas. Pernah sebar di facebook tapi tak viral lagi setakat neh. Bantuan yang diterima di kalangan yang baca pun tak mencukupi. Rujuk sini. Kalau kita semua baca dan derma sorang 10.00 pun dah oke sebenarnya.
11. Yang pelik. Kes dah masuk paper pun kakitangan dari pejabat zakat tak mai2 lagi. Bukannya kes terpencil yang tak terlapor. Terang2 masuk paper kot.
12. Sambung balik. Kos rawatan yang diperlukan untuk rawatan kimoterapi sahaja dianggarkan sekitar 12,000.
13. Dan apa yang si ibu harapkan sekarang bantuan untuk memenuhi keperluan persekolahan anak2nya.
14. Bermula tahun depan, 2015, si ibu terpaksa menanggung 5 orang anak2 yang perlu bersekolah. Dari segi buku, alatan, keperluan berkaitan, baju dan sebagainya.
15. Si ibu bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji sebanyak 1,500 sebulan. Jelas. Dengan gaji sebanyak 1,500 sebulan ia tidak mampu membiayai 10 orang. Sebelum ini si suami bekerja sebagai pengawal keselamatan dengan gaji yang sama juga namun terpaksa berhenti akibat menghidap penyakit kronik.
16. Selepas kisah di atas terpapar di dalam suratkhabar, tiada mana2 kakitangan dari pejabat seperti JKM ka, ZAKAT ka, tampil untuk membantu keluarga tersebut.
17. Kalau dah kena maki satgi, posting neh viral dengan kutuk2 JKM ka, ZAKAT ka, masa tue baru la terhegeh2 depa nak bantu. Percayala cakap aku.
Untuk korang2 yang nak bayar zakat dan bantu keluarga tersebut boleh lah berhubung dan membantu menerusi maklumat yang dipaparkan kat bawah ;
Alamat : No 7, Lorong 1, Perumahan Awam Kos Rendah Panching, 26090 Kuantan, Pahang Darul Makmur.
No account bank (MAYBANK) : 156012298927. Atas nama Siti Khadijah Abd Manaf. Untuk rekod, Siti Khadijah ialah si ibu dalam kisah ini.
No telefon untuk dihubungi : 013 7831370 / 0111 6780618
Kepada korang2 yang belum bayar zakat, jangan bayar zakat kat mana2 pejabat zakat, terus bayar kat asnaf. Salah satunya kepada keluarga ini. Bukan susah sangat cari asnaf oi. Kalau google2 info dalam blog neh bersepah2 asnaf yang korang boleh temui. Nak dengan taknak je. Jangan tahu kondem zakat tak tentu hala tapi akhirnya terus bayar wang2 zakat kat pejabat zakat yang tak guna tue. Buat apa. Teruskan bayar zakat kita direct. Don't worry, penentu zakat kita diterima atau tidak ialah Allah, bukan Jamil Khir.
Bai.