Malaysia Import RON 97 Dari Singapura Utk Tampung Kekurangan Bekalan Dalam Negara.


Menurut kementerian perdagangan dalam negeri dan koperasi, Hasan Malek mengakui bahawa bagi mengatasi kekurangan bekalan ron 97 dalam negara, syarikat minyak telah bertindak mengimport bekalan minyak ron 97 untuk memenuhi permintaan pasaran.

Proses mengimport bekalan minyak ron 97 sedang giat dijalankan dan proses tersebut akan selesai dalam hujung minggu ini (awal bulan disember).

Menurut kementerian lagi ron 97 kehabisan bekalan lebih awal dari jangkauan yang ditetapkan adalah kerana pengguna mula beralih daripada ron 95 kepada ron 97. Ini adalah berikutan harga ron 95 dan ron 97 yang tidak jauh berbeza iaitu hanya 20 sen yang membezakan antara kedua2 jenis petrol tersebut.

Maka pengguna memilih untuk mengisi ron 97 berbanding ron 95 memandangkan ron 97 lebih berkualiti dan memberikan lebih kilometer berbanding penggunaan ron 95. 

Ini jawapan menteri yang mengulas isu kekurangan bekalan ron 97 di pasaran.

Boleh jadi berlaku perpindahan bekalan antara SG dan Malaysia. Syarikat station minyak yang berada di Malaysia juga berada di SG. Maka perpindahan bekalan neh tidak la asing lagi memandangkan kita syarikat sama yang berbeza franchais je.

Untuk rekod, kementerian menyediakan talian 1-800-886-800 bagi pengguna yang mahu membuat aduan mengenai kehabisan bekalan ron 97 di tempat masing2.

Haha.

Minyak habis sekejap 2,3 hari punya citer pun siap ada hotline lagi tue.

Harga rumah mahal nak mampus bertahun2 tak settle pun takde talian hotline macam tue. Dasat. Tatau nak rasa kagum ka sebab kerajaan prihatin sangat bekalan ron 97 habis di pasaran lebih awal ataupun nak rasa kecewa sebab isu2 yang lebih penting yang memerlukan penyelesaian penuh tidak diselesaikan sampai ke hari neh.

Lue fikirlah sendiri ek. 

Share this :

Previous
Next Post »