t>

Breaking News

Mulai Januari 2015, Pasaraya Di Terengganu Di Arah Tutup Ketika Waktu Solat Jumaat.


Bermula Januari 2015, semua pasaraya di Terengganu perlu menutup operasinya bermula 12.30 waktu tengahari hingga ke jam 2.30 petang.

Perkara ini telah diputuskan melalui hasil persetujuan dan perbincangan menerusi satu mesyuarat exco pada minggu lepas.

Menurut menteri besar Terengganu, Ahmad Razif, pemantauan akan dijalankan oleh PBT bagi memastikan arahan tersebut dilaksanakan sebagaimana yang telah dimuktamadkan.

Untuk rekod, pada perbahasan Bajet Terengganu bagi tahun 2015, adun PAS dari Banir, Hilmi Harun mendakwa terdapat ramai golongan muda yang tidak menunaikan solat jumaat dan memilih pasaraya sebagai tempat melepak pada waktu solat jumaat.

----------

Bagi aku idea neh ada contrasnya.

Pertama. Pemilik2 pasaraya akan mempertikaikan kenapa orang lain yang tak solat jumaat orang lain plak yang kena tanggung akibatnya?

Kedua. Adakah kesemua rakyat di Terengganu ialah lelaki muslim? Ada wanita, ada kanak2, ada orang tua, ada non muslim. Tak pasal2 mereka terpaksa berkompromi dengan kemalasan sesetengah lelaki muda yang malas bersolat jumaat.

Ada baiknya kerajaan negeri buat satu ketetapan yang tak menyentuh hak dan privacy orang lain. Suka tak suka, orang2 yang malas solat jumaat neh takde kaitan dengan hidup orang lain tau.

So. Buatla satu polisi. Pasaraya perlu melarang mana2 lelaki muslim menjejaki pasaraya pada waktu tersebut atas alasan tidak mahu berkompromi dengan kemalasan mereka untuk menunaikan solat jumaat. Jika didapati juga lelaki2 muslim dalam premis mereka, pasaraya itulah yang akan didenda. Mestilah mereka cuak kan. Ini lebih baik dari arah mereka tutup 2 jam tak pasal2.

Bukan kesah bab rugi atau apa. Tapi tak patut babitkan orang yang takde kaitan dengan kesalahan tersebut. Tak pasal2 jek kan.

Ini pendapat aku la.