t>

Breaking News

PERKASA Cadang Pecat Penjawat Awam YG Sokong Pembangkang.


Cadangan itu dikemukakan oleh perwakilan PERKASA Jakarta dan Bogor, Indonesia iaitu saudara Nazri Ismail dalam persidangan agung tahunan PERKASA yang memasuki tahun ke 5 penubuhan NGO tersebut.

Nazri mencadangkan agar kesemua kakitangan kerajaan yang terbukti menyokong pembangkang dipecat dan ia haruslah digantikan dengan graduan universiti yang menyokong kerajaan (parti pemerintah).

Nazri dilaporkan berkata ;

“Penjawat awam yang pro kepada pembangkang dan yang masih berkhidmat (harus) dikenal pasti dan diberhentikan dan diganti dengan graduan universiti yang pro kepada kerajaan.

“(Graduan) yang baik, boleh membantu membangunkan negara mengikut Perlembagaan Persekutuan (Perkara) 153, mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu,”


Dan katanya lagi ;

“Sejarah telah membuktikan bahawa kejatuhan kerajaan Melaka ke tangan Portugis dan jatuhnya Tanah Melayu kerana adanya pembelot yang telah menjual maklumat kepada musuh,”


Nazri yang juga anak kelahiran Terengganu dan menganggotai PERKASA cawangan luar negara juga mengatakan bahawa sudah ramai anak melayu yang profesional semakin melupakan jasa pejuang melayu di negara ini.

----------------------------

Ewah ewah ewahh..

Suka2 aje nak mengawal kakitangan awam punya pandangan politik. Masa kutip cukai, pandai la minta dari semua tanpa tapisan parti. Kakitangan kerajaan hanya perlu hormat dan patuh pada aspirasi Malaysia. Bukan mana2 parti politik punya aspirasi. Perwakilan PERKASA si Nazri neh jelas tak reti nak membezakan apa itu entiti negara dan entiti parti. Dia dah messed up dengan dua kelompok tue sebab tue tergamak keluarkan cadangan bebal.

Satu lagi yang aku tertarik dia kata ada pembelot melayu yang jual maklumat pada musuh yang menyebabkan kerajaan Melaka jatuh. Kalau la dia nak tahu, pembelot2 itu dengan UMNO dan PERKASA tak jauh beza. Lagi nak suruh orang sokong pembelot. Gila ke kau?

Haha.