t>

Breaking News

Azmin Nafikan Kenyataan Exco, Perak Terima Sumbangan Selangor Utk Bantu Mangsa Banjir.

Semalam disini.

Exco Wanita & Kebajikan Dr. Daroyah Alwi mengeluarkan kenyataan bahawa pihaknya kesal kerajaan negeri Perak enggan menerima bantuan 100,000 ringgit untuk membantu meringankan beban mangsa banjir yang terjejas di Perak.

Kenyataan tersebut yang dipetik menerusi Selangorkini menyatakan Dr. Dorayah memberitahu bahawa walaupun jumlah sumbangan tersebut agak kecil tetap ia bagi menyatakan rasa simpati Selangor terhadap apa yang menimpa ke atas mangsa banjir di Perak. Dan Selangor kesal apabila keikhlasan mereka ditolak oleh Perak atas nama perbezaan politik.

Namun Azmin Ali menafikan perkara tersebut dan menjelaskan bahawa kerajaan negeri Perak telah pun menerima bantuan cek 100,000.00 dari Selangor dan Perak tidak pernah menolak sumbangan tersebut.

Menurut Azmin Ali lagi yang dipetik menerusi laporan The Malaysia Insider,  "Saya tidak ada maklumat itu (cek ditolak) kerana faktanya ialah, cek sudah pun diserahkan kepada pejabat MB, ada cop pengesahan penerimaan. "Saya percaya bantuan ini akan dimanfaatkan untuk mangsa banjir di Perak,".

Azmin dilaporkan membuat kenyataan tersebut ketika ditanya oleh wartawan di lobi bangunan setiausaha kerajaan negeri (SUK), Shah Alam, hari ini.

Sambung Azmin lagi, "Saya tidak mahu komen tentang laporan itu kerana berdasarkan maklumat yang saya dapat, dan saya sendiri yang mengarahkan cek itu diserahkan dengan tangan kepada Pejabat MB Perak. Saya tidak melihat ini satu masalah bagi Perak dan pengesahan penerimaan juga saya terima," katanya.

Kenyataan yang saling bercanggahan antara menteri besar Selangor dengan salah seorang exconya menimbulkan pelbagai spekulasi dan persoalan oleh orang ramai.