t>

Breaking News

Brunei Kini Mengharamkan Sambutan Krismas Secara Terbuka.


Negara yang kaya dengan hasil minyak, Brunei telah mengharamkan sambutan krismas secara terbuka (awam) kerana bimbang tindakan tersebut akan membuatkan umat Islam sesat, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian yang menjaga hal ehwal agama pada hari ini.
 

Larangan tersebut mula dikuatkuasakan selepas terdapat pihak yang menyuarakan kebimbangan mereka terhadap segelintir individu yang terdiri dari kalangan orang dewasa dan anak-anak kecil yang memakai pakaian yang menyerupai 'Santa Claus' dalam sambutan krismas yang diadakan secara terbuka di kawasan awam. 

Wakil pihak kementerian enggan mengulas lanjut mengenai larangan itu namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kementerian Hal Ehwal Agama menyebut bahawa
sambutan perayaan lain boleh dianggap sedang menyebarkan fahaman selain dari Islam.

Ia berkata khususnya: "Sebagai contoh, sempena sambutan Krismas, kanak-kanak Islam, remaja dan orang dewasa boleh dilihat memakai topi atau pakaian yang menyerupai Santa Claus."


"Orang yang beriman daripada agama-agama lain yang hidup di bawah pemerintahan sebuah negara Islam - mengikut Islam - boleh menjalankan amalan agama mereka atau meraikan perayaan agama mereka di kalangan masyarakat mereka, dengan syarat bahawa sambutan tidak didedahkan atau dipaparkan secara terbuka kepada umat Islam," seperti yang dipetik dalam kenyataan tersebut.

"Umat Islam perlu berhati-hati untuk tidak mengikuti perayaan seperti ini yang tidak mempunyai apa-apa cara yang berkaitan dengan Islam ... dan tanpa disedari boleh merosakkan akidah umat Islam."


Tambahnya lagi dalam kenyataan tersebut premis perniagaan yang memaparkan dan mempamerkan hiasan krismas diminta untuk menanggalkan dan menurunkan hiasan tersebut dan kesemua mereka memberikan kerjasama. Seperti yang dilaporkan oleh AFP.