t>

Breaking News

Ektremis Melayu Buat Hal Lagi, Cina Ini Menganuti Agama Islam Tetapi Dituduh Kafir & Dihina KAW2 Di Laman Sosial.

Tahu bagaimana ektremis melayu mendefinekan agama dan kepercayaan seseorang? Dia tengok rupa paras dan warna kulit.

Kalau muka macam cina = sah kafir.
Kalau muka macam india dan gelap = sah kafir.
Kalau muka macam melayu = sah penganut Islam walaupun cara hidup tak macam islam. 

Ini bukan cerita auta. Ini berlaku di facebook. 

Salah seorang saudara kita (penganut muslim yang berbangsa cina) telah dihina kaw2 di laman sosial.

Ini posting yang menghinanya.




Aku tatau apa masalah facebooker yang bernama Dazalufias neh. Baju yang dipakai oleh pakcik tersebut telah dipakai oleh ramai orang sebenarnya. Cuma berbeza warna dan perkataan la. Just in case dia tak perasan itu dia punya pasal. Tapi aku pernah nampak geng2 dakwah yang berdakwah di KLCC dan pada malam sambutan merdeka memakai baju itu. Warna baju yang aku pernah nampak ialah warna hitam. Ini first time nampak warna lain selain dari hitam. 

Perkataan lebih kurang. We love JESUS & Muhammad. Jesus & Muhammad Devoted To The Same God. Dan seakan sewaktu dengannya.

Baju yang dipakai oleh pakcik di atas pun lebih kurang juga. Ini program dakwah rupanya. Untuk memupuk semangat saling hormat menghormati di kalangan manusia yang berbeza agama. Ini bagus. Bukan provokasi. Tapi dapat kat ektremis melayu macam si Dazalufias tue, terus dia rasa sensitif tak bertempat.

Apa jek nak rasa terprovok dengan baju macam tue?

Dah la rasa terprovok membuta tuli, yang terang2 kasino tertegak atas padang tak pula kau rasa terprovok nak p bakar ke apa. Melayu2 macam Dazalufias neh kalau berlakon bab Islam memang sembang kencang je la.

Hehe.

Satu lagi. Kristian kuno dan Islam mengambarkan Isa sepertimana yang kita patut difahamkan. Bila kita nampak baju seperti cetakan di atas kita patut faham la memang betul pun pernyataan tersebut. Apa yang salah? Apa yang provokasinya setannnn?

Dan yang lebih memalukan. Dalam pada kutuk2 pakcik berbaju kuning itu kafir rupa2nya dia seseorang yang menganuti Islam! Sudah 30 tahun berada dalam Islam. Dia berbangsa cina namun beragama Islam.

Baca kata2 kawannya ;



Tue dia. Irman Kang namanya. Penceramah. Usahawan berjaya. Buat kerja2 dakwah. Kau tue sapa wahai Dazalufias?

HAHAHAHAHAHAH.

Tak aneh kenapa ustaz Firdaus Wong menzahirkan kekecewaannya berkenaan penyebaran gambar di atas.



Ektremis melayu neh perlu diajar. Islam bukan melihat kau sambut Maulidur Rasul atau bukan. Islam bukan samada kau Yahanana ke atau tidak. Islam ialah kau lawan RIBA. PENINDASAN dan KAPITALISMA yang mana mendiskriminasikan manusia ikut sijil dan bukan berdasarkan sebanyak mana tenaga yang kau laburkan ketika bekerja. 

ISLAM itu cantik. Dia punya sistem complete gila. Dari kehidupan hingga la kepada kewangan. Kau hanya perlu ikut path tue dan study betul2 tentang Islam.

Tapi dapat kat ektremis melayu maka Islam yang cantik diperlihatkan hodoh di kaca mata non muslims.

Ini kerana sikap penganut2 Islam berbangsa melayu di negara ini AMAT HODOH dan JELEK SEKALI. Contoh. Dazalufias. PERKASA. Dan UMNO.

Tolongla. Kita tak mahu orang2 macam mereka, ektremis melayu menghancurkan kredibliti dan imej agama yang kita anuti dan cintai ini. Tapi macam mana. Kehadiran mereka semakin banyak dan menyesakkan di negara neh. Kesian woo. Tak pasal2 orang2 Islam yang baik terpalit sama.