t>

Breaking News

Isu Menteri Pertahankan Kongsi Gelap - Ini Jawapan Dari Peguam UMNO.

 
Susulan dari surat terbuka yang ditujukan kepada Zahid Hamidi oleh pengarah komunikasi PKR, Fahmi Fadzil rujuk sini, peguam UMNO tampil memberikan respon kepada 3 persoalan yang diutarakan itu.
 
Menurut Muhammad Shafee Abdulah, menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak mempertahankan ketua judi Paul Phua Wei Seng kerana surat yang ditulisnya hanya merupakan jawapan balas kepada peguam Phua.
 
Peguam Umno itu dipetik berkata kepada The Malaysian Insider, pada Ogos tahun lepas, firma guamannya diupah Chesnoff & Schonfeld bagi membantunya dalam sebuah kes jenayah yang masih belum selesai melibatkan Phua dan anaknya Darren Phua Wai Kit.
 
Katanya, syarikatnya dan Chesnoff & Schonfeld menulis surat kepada Menteri Dalam Negeri meminta bantuannya berkongsi sebarang maklumat secara langsung dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat.
 
Ini kerana, Zahid berada dalam posisi terbaik menyiasat dengan jabatan polis bagi menentukan sama ada Phua ialah seorang anggota dan ada kaitan dengan kongsi gelap 14K Hong Kong.

"Saya sudah 40 tahun dalam bidang perdagangan undang-undang, saya tak pernah dengar tentang kongsi gelap 14K," Shafee memberitahu sidang akhbar di pejabatnya di Jalan Tunku, Kuala Lumpur hari ini.

"Apa yang Zahid katakan tepat dan benar. Phua juga memberi bantuan kepada beberapa agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri dalam hal berkaitan keselamatan dan kepentingan negara."