t>

Breaking News

Pelajar Perempuan Di Larang Memakai Baju Kurung Ke Sekolah Kerana Dia Bukan Melayu & Tidak Menganuti Islam.

Laporan dari The Rakyat Post ;



1. Seorang bapa telah membuat kenyataan bahawa anaknya dilarang memakai baju kurung ke sekolah atas alasan dia bukan menganuti Islam.

2. Ia adalah dress code yang telah ditetapkan oleh sekolah tersebut.

3. Menurut respon dari bapa tersebut lagi, dia diberitahu hanya pelajar melayu dan pelajar muslim sahaja dibenarkan memakai baju kurung ke sekolah. Selain dari itu, yang lain dilarang sama sekali.

4. Pelajar non muslim itu juga dilarang dari memasuki kelas disebabkan memakai baju kurung ke sekolah.

5. Bapa pelajar itu juga disuruh membeli baju persekolahan yang baru untuk anaknya dengan menggunakan duit bantuan sekolah 1 Malaysia.

6. Kes itu juga sebenarnya telah mendapat perhatian timbalan menteri pendidikan P. Kamalnathan. Menurut kenyataan yang dipetik dari TRP, P.Kamalnathan memaklumkan jika perkara tersebut tidak dapat diselesaikan di peringkat negeri, maka kementerian akan masuk campur bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Kelakar dan bodoh.

Ia kelakar sebab ada juga sekolah yang menerapkan polisi yang bangang dalam pentadbiran mereka. Pakai baju kurung berbanding skirt pun salah. Bukannya dia menjadi semakin seksi atau berpakaian lebih singkat sebaliknya pelajar perempuan tersebut memilih untuk menjadi lebih sopan dan bertutup.

Di kala ramai anak-anak melayu yang mula berkalih kepada pakaian yang menutup aurat kepada yang buka aurat, kita pula sibuk nak buat peraturan dangkal dengan melarang anak-anak non muslim berpakaian yang lebih menutupi tubuh badan.

Tak kelakar ke tue?

Bodohnya pula. Peraturan ini berlaku di sebuah sekolah menengah yang sepatutnya berperanan mendidik anak murid. Ini sebaliknya pula yang berlaku. Menerapkan polisi yang racist dan mengarut.

Perkara-perkara macam ini la yang akan membuatkan bangsa yang berbeza-beza di negara ini berpecah dan saling syak wasangka antara satu sama lain. Harap-harap sekolah tersebut disiasat dengan adil. Nak sangat tahu. Dalang siapa yang terapkan polisi keji macam neh. Untuk rekod, bersepah dah aku tengok non muslim elok je ke sekolah berpakaian baju kurung. Macam pelik ada peraturan bangang secara tiba-tiba neh. Propaganda ke apa.

HA HA HA