t>

Breaking News

Polis Serbu Pejabat Suara Keadilan, Rampas Buku Zunar.


Cerdik. Memang cerdik polis Malaysia neh. Terlalu cerdik sampaikan penjenayah-penjenayah bagi kes berat dah tak wujud dah kat negara neh. Punya la polis kau takde kerja nak buat akibat kecerdikan mereka dalam menyelesaikan masalah jenayah di negara ini sehingga orang yang buat komik pun polis terpaksa anggap kes jenayah. Kalau tidak dorang takde kerja. Bila dah takde kerja rakyat pula tuduh dorang makan gaji buta. So terpaksa la buat-buat ada kerja.

HAHAHA..

Pagi tadi lebih kurang jam 10.30 sepasukan polis dilaporkan telah menyerbu pejabat Suara Keadilan, syarikat akhbar yang dimiliki oleh PKR, untuk merampas beberapa buah komik karya kartunis Zulkifli Anwar Al-Haque ‎atau yang dikenali dengan nama pena, Zunar.

Menurut sumber dari TMI, pada awalnya dua orang polis datang ke pejabat akhbar tersebut untuk mengambil keterangan namun tiada pihak yang memberikan bekerjasama kepada kedua-dua anggota polis berkenaan.
 

Kemudiannya, pada jam kira-kira 11.15 pagi, 4 pegawai polis datang untuk membuat rampasan dan melakukan soal-siasat. Memetik laporan TMI, rampasan berkenaan dipercayai berhubung dengan siasatan polis terhadap Zunar mengikut Akta Hasutan 1948.
 

Zunar kini berada di Cambridge, United Kingdom.
 

Zunar dalam satu kenyataan berkata, serbuan tersebut diketuai oleh ASP Lim daripada Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK).
 

Tambah Zunar lagi, Lim memaklumkan kepadanya ‎beliau disiasat di bawah Seksyen 2, Akta Mesin Cetak, Akta Hasutan Seksyen 4 (1) (c) dan Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

"Mereka merampas buku 'Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Melayu, 'Konspirasi Memenjarakan Anwar' versi Bahasa Inggeris dan 'Pirate of The Carry BN'.

"Saya akan dipanggil ke balai selepas pulang nanti," katanya.


Untuk rekod, ini bukan kali pertama buku Zunar dirampas dan disiasat oleh PDRM. Sebelum ini KDN juga pernah merampas buku Zunar dan Zunar pernah ditahan ketika polis menjalankan siasatan ke atasnya pada tahun 2013.