Rakyat Gembira Dengan Harga Minyak YG Baru, Rafizi Boleh Umumkan Harga Minyak Selepas Perintah Negara Kata Hasan Malek.


Aku tertarik dengan point Rafizi.

- Baru2 neh Rafizi ada umumkan bahawa harga minyak sepatutnya di paras 1.91 bagi RON 95 dan 1.94 bagi diesel. Ikut mekanisme yang kerajaan guna untuk tentukan harga minyak.
- Dan pendedahan itu nampaknya terbukti benar apabila kerajaan turunkan harga minyak sama seperti yang dijangkakan Rafizi cuma sedikit tersasar untuk diesel iaitu berbanding 1.94 ikut jangkaan Rafizi, kerajaan umumkan harga baru jualan diesel ialah 1.93 sen.

- Maksudnya, ini menafikan cakap2 geng2 pembangkang yang minyak sepatutnya dijual sen2 la macam di negara2 arab. Pengiraan itu dibuat oleh Rafizi tau. So, korang taknak percaya ke kat Rafizi tu? Haha

Apa2 pun, PKR dah tahu cara yang tepat untuk tentukan harga minyak kat negara neh. Kita abaikan untuk mengumpat Hasan Malek kat atas neh sebaliknya kita desak Rafizi dan PKR ajar kita cara2 nak kira harga jualan minyak kat negara neh supaya kita tak ditipu oleh kerajaan Malaysia, okay tak?

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi, dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek berkata Rafizi Ramli bebas mengumumkan harga minyak selepas menjadi sebahagian kerajaan kelak.

Memetik laporan portal Astro Awani Online, Hasan berkata, mekanisme penentuan harga minyak diguna pakai kerajaan sekarang mempunyai kaedah pengiraan tersendiri dengan mengambil kira kepentingan semua aspek. "Biarlah Rafizi begitu, kita buat perkiraan kita dan dia ada perkiraannya sendiri. Itu hak dia untuk umumkan harga minyak versinya. "Dia boleh kalau hendak umum harga minyak tetapi tunggu masa dia memerintah negara," kata Hasan merujuk kepada setiausaha agung PKR itu. Hasan berkata, rakyat juga kelihatan gembira dengan harga baharu minyak petrol RON95, RON 97, dan diesel yang ditetapkan kerajaan selepas mengalami penurunan sekitar 30 sen menjelang 2015.

"Kita umum harga baharu minyak ini selepas buat pelbagai kajian dan perbincangan melalui kementerian dan pelbagai pihak, rakyat juga nampaknya terima dengan baik harga baru ini," katanya. -TMI-

Share this :

Previous
Next Post »