Rosmah Peluk Lee Chong Wei Tak Sama Macam Peminat KPOP Peluk Artis Kata UMNO Cheras.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee menyelar gesaan bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Shahbudin Husin agar Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bertindak dan menyiasat Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei.
Syed
Ali yang mempertahankan tindakan Rosmah menegaskan, apa yang dilakukan
oleh isteri Perdana Menteri tidak sama dengan apa yang dilakukan tiga
gadis bertudung yang berpeluk dan bercium dengan artis K-Pop berkenaan.
“Saya
menyifatkan tindakan Datin Rosmah Mansor memeluk pemain bandminton
nombor satu negara sebagai satu penghargaan seorang ibu kepada anaknya
kerana berjaya meraih kemenangan dalam sukan. Ianya sama sekali tidak
boleh disamakan dengan tindakan tiga gadis bertudung dengan bintang
K-Pop.
“Bagi
sesiapa pernah mengikuti program Datin Seri Rosmah termasuk program
yang dianjurkan oleh UMNO Bahagian Cheras sering mendengar ucapan yang
sering dilafazkan oleh beliau merupakan ‘ibu’ kepada 28 juta rakyat
Malaysia. Beliau juga selalu menyebut , sebagai isteri Perdana Menteri
sentiasa mengambil berat kebajikan rakyat pelbagai kaum di negara ini .
Beliau juga sentiasa menekankan soal perpaduan dalam ucapannya dan
sering menasihatkan rakyat agar jangan berpecah belah.
“Bagi
saya tidak salah bagi isteri Perdana Menteri yang menganggap dirinya
ibu memeluk Lee Chong Wei kerana mengiktiraf dan amat menghargai
kejayaan yang dicapai oleh pemain badminton negara yang berjaya
mengharumkan nama negara,” katanya.
Syed
Ali yang turut melahirkan rasa kesal tindakan bekas Naib Ketua Pemuda
Wangsa Maju yang juga penulis blog yang mendakwa JAWI gagal bertindak ke
atas Datin Seri Rosmah Mansor yang memeluk pemain badminton negara.
Apa
yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansor terhadap Lee Chong Wei
atas kapasiti beliau sebagai isteri pemimpin nombor satu negara. Ianya
tidak lebih seperti kasih sayang yang dinampakkan oleh seorang ibu
kepada anaknya.
Malah
Shahbudin dalam tulisannya, turut mencabar JAWI memanggil dan
mengeluarkan waran tangkap kepada isteri Perdana Menteri itu. Shahbudin
turut mengecam JAWI yang disifatkannya ingin ‘tumpang semangkuk’ dalam
isu K-Pop kerana mahu menunjuk-nunjuk kuasa dan keprihatinan mereka
terhadap perbuatan maksiat.
Kata Syed Ali, tidak usahlah mana-mana pihak mempersoalkan kewibawaan JAWI dalam usaha membanteras maksiat dan sebagainya.
Tegasnya,
dalam apa jua tindakan sekalipun JAWI mempunyai prosedur dalam mengatur
tindakan. Apa yang dilakukan oleh JAWI dalam membanteras kejadian
maksiat yang nyata dan terang-terangan sudah tentu mengikut peraturan
dan undang-undang sedia ada.
“Tak
perlulah mana-mana pihak mempersoalkan tanggungjawab JAWI dalam
menangani isu K-Pop akan dilakukan dengan bijak dan sudah tentu penuh
berhemah,” katanya.
Pada
masa yang sama, Syed Ali turut membidas tindakan sesetengah pihak yang
terus mempolitikkan atau mengaibkan isteri Perdana Menteri dengan
penyiaran gambar-gambar berpelukan bersama artis lelaki Bollywood.
Beliau
menyifatkan tindakan tersebut jelas tidak bertanggungjawab dan menghina
intsitusi Perdana Menteri. Beliau tidak menolak kemungkinan ianya
dilakukan sebagai helah untuk menutup isu pokok sedang dibangkitkan
sekarang ini iaitu isu berpelukan dengan artis K-Pop. -umno-cheras-