Adakah Najib Gaduh Dengan Adik-Beradik Sendiri Apabila Kenyataan Akhbar Nazir Razak Tidak Disiar Media Arus Perdana?


Apakah yang berlaku neh? Kita perlu perhatikan perkembangan terbaru neh dengan teliti. Jika mereka bergaduh, kenapa dan apa puncanya? Bukan kah ini satu kerugian jika Najib Razak dijatuhkan sebagai PM? Bukan kah selama neh keluarga Najib Razak mendapat faedah di atas jawatan Najib sebagai PM? Sesuatu sedang berlaku. Jom perhatikan..

Laporan Mkini ;

Akhbar arus perdana hari ini didapati tidak menyiarkan kenyataan oleh empat orang adik beradik Datuk Seri Najib Abdul Razak berkenaan harta pusaka peninggalan bapa mereka, Tun Abdul Razak Husin.

Semakan Malaysiakini mendapati kenyataan yang membela Tun Razak sebagai seorang yang berjimat-cermat tidak dimuatkan dalam akhbar Utusan Malaysia, Berita Harian, New Straits Timesdan The Star.

Rata-rata akhbar berbahasa Cina bagaimanapun mengambil sikap bertentangan dengan menyiarkan kenyataan tersebut.

Kenyataan itu dihantar menerusi emel Datuk Seri Nazir Razak pada Selasa lalu sekitar jam 8.30 kepada pengarang kanan media, namun didapati masih tidak diterbitkan dalam akhbar yang disebutkan itu sehingga hari ini.

Kenyataan tersebut dihantar atas nama Nazir Razak, Johari Razak, Nizam Razak, Nazim Razak – tanpa disertai nama Najib Razak.

Perkembangan ini sekali gus menguatkan spekulasi bahawa berlaku keretakan dalam hubungan keluarga perdana menteri.

Kenyataan itu diedarkan kepada media susulan laporan New York Times yang memetik kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO) tentang sumber kekayaan Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

New York Times menyebut, PMO memaklumkan kepada mereka bahawa sumber kekayaan Najib dan isterinya sebahagiannya datang daripada harta pusaka peninggalan keluarga.

Share this :

Previous
Next Post »