t>

Breaking News

Anak Bunuh Ibu Sampai Mati Kerana Suara Ghaib - Apa Pengajarannya Disini?

Hmm.. aku sedih juga baca berita neh. Tapi aku lagi sedih dan kecewa tengok pengguna media sosial yang rata2nya menghukum dan menghina suspect secara membuta tuli. Pada aku la kan, dorang semua tue bodoh. Ya. Bodoh.

Btw, sorry la. Terkasar bahasa. Mungkin sebab aku geram melihat kebodohan mereka. 

Bukan la aku nak membela si anak yang bunuh ibunya. Cuma aku nak korang faham betul2 sesuatu perkara tue sebelum main sembur aje tak tentu hala. Kematian orang jangan dibawa gurau. Kesakitan orang bukan lawak okay.

Cuba korang baca betul2 dalam berita kes anak bunuh ibu.

Sebab apa dia bunuh ibu?
Sebab suara ghaib.

Sejak bila dia sakit?
Sejak berusia 16 tahun.

Mak dia kerja apa?
Pekerja am.

So tak nampak-nampak lagi jalan ceritanya kat sini?

Anak dia sakit. Sakit di otak. Maknya nak mengubati anaknya. Tapi takde duit. Kos perubatan mahal nak mampos. Sapa nak peduli dengan kesusahan hidup kau?

Penyudahnya? Mati dibunuh dengan anak sendiri. Sebab tak mampu nak mengubati anak sendiri. Ini lawak ke dok kutuk2 suspect yang sakit mental? Ingat lawak sangat ke dok persendakan orang dengar suara ghaib? Pernah tengok cerita It's okay, that's love? Tak pernah? Itulah. Bangang sangat dok layan drama-drama melayu bangang sapa suruh. Memang ada sakit mental yang dikenali dengan nama Schizophrenia.

Aku tak la kata budak tue kena penyakit tue. Tapi aku cuma nak kata kita jangan la dok mudah sangat menghukum. Buat relax sudah la. Kesian budak tue. Sudah la mak yang jaga dia dah mati sebab dia bunuh sekarang sapa nak peduli tentang hidup dia lagi? Sakit mental kot. Andai penyakit dia dah boleh diubati, mesti dia menyesal seumur hidup sebab bunuh mak sendiri. Ko tahu? Aku pun taktau dan kita semua memang tatau.. 

Fikir2kan la..

Baca ;

Seorang anak dipercayai memukul ibunya hingga mati dengan batang cangkul di rumah mereka di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang semalam.

Suspek berusia 20 tahun itu dikatakan melakukan perbuatan itu setelah mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 petang itu, mangsa Hamidah Mat Zin, 47, sedang berehat di ruang tamu.

"Suspek dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu, sebelum dia bertindak memukul kepala ibunya bertubi-tubi. Difahamkan, suspek lari meninggalkan rumah berkenaan selepas kejadian.

"Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan mendapati mangsa berlumuran darah dan tidak sedarkan diri," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Abdul Aziz berkata mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan untuk mendapatkan rawatan dan anak saudara mangsa turut membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading.

Suspek dapat ditahan kemudiannya.

"Kita berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian. Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah sakit mental sejak berusia 16 tahun dan sering mendengar suara ghaib...yang mengarahkannya memukul ibunya sehingga mati.

"Ibu suspek yang bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

"Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarganya untuk urusan pengebumian," katanya.

Abdul Aziz berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.

Suspek kini direman selama seminggu dan kes disiasat kerana menyebabkan kematian.

- Bernama