PAS Perlu Kembali Kepada Kepimpinan Ulama Supaya Tak Ditelan Babi Kata Zuhdi - Siapa 'Babi' YG Dimaksudkan?


Kalau aku tak tersilap tafsir.

Perkataan 'harimau' itu mungkin ditujukan kepada PKR.
Perkataan 'babi' pula kepada DAP.

Kalau aku tak tersilap tafsir la kan.

Baca ;

PAS diingatkan supaya berhati-hati dalam melaksanakan tahaluf siyasi (kerjasama politik) supaya perjuangan parti itu tidak tersasar dari dasar sebenar mereka iaitu memperjuangkan syariat Islam.

Menurut Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Mohd Zuhdi Marzuki, tahaluf siyasi merupakan satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura Ulama yang melibatkan kerjasama antara parti PKR dan DAP.

Mengambil contoh kedua-dua sekutu dalam Pakatan Rakyat itu, Mohd Zuhdi berkata dua parti tersebut mempunyai hubungan proksi dengan NGO-NGO seperti Sisters in Islam dan Comango yang didakwa menyokong Islam liberal dan juga LGBT.

"DAP... mereka yang lahir sebelum 1970an tahu DAP ni apa.

"PKR... dalam PKR semua ada, macam macam ada... dalam PKR ini ada kumpulan Islam dahulunya ada bekas-bekas Umno dalam, ada pejuang hak asasi manusia.

"Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini mempunyai proksi hubungan dengan NGO dan antara NGO-nya seperti Sisters in Islam dan NGO seperti Comango," katanya dalam ucapan pembentangan pasca Arab Spring pada Multaqa Ulama SeMalaysia ke-2 di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya.

Justeru, katanya PAS perlu kembali kepada Islam yang dipimpin oleh ulama untuk menjamin perjuangan mereka dalam menegakkan agama Allah tercapai.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh menyesatkan dan menyesatkan orang lain.

"Atas sebab itulah dalam konteks kita berhadapan dengan politik Malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf... kita bertahaluf, perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura," kata Mohd Zuhdi di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan Ulama PAS.

Mengulas lanjut, katanya tahaluf siyasi merupakan jalan yang penuh dengan hutan rimba dan ahli PAS perlu mengikut jalan yang ditunjukkan oleh ulama atau Majlis Syura.

Katanya dalam hutan rimba tersebut ada buah-buahan, manisan, makanan, tetapi ada juga 'haiwan' merbahaya seperti harimau dan babi.

"Maka kita hendaklah ikut orang yang membawa kita ke dalam hutan rimba... yang membawa kita ke dalam hutan rimba ini dibekalkan dengan kompas, yang telah ditunjukkan oleh ulama, Majlis Ulama.

"Dia juga membawa lampu suluh yang telah dibekal oleh ulama... dia ialah presiden kita," tambah Mohd Zuhdi.

Katanya adalah penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya 'tidak ditelan babi'. -Awani.

Share this :

Previous
Next Post »