t>

Breaking News

Wajarkan TGNA Dikebumikan Di Tanah Perkuburan Islam Soal Bekas Menteri.

Berikut artikel yang menjadi kontroversi sejak semalam selepas Tuan Guru Nik Aziz disahkan telah meninggal dunia pada jam 9.40 - 9.45 malam tadi.


Penyebaran artikel ini dibuat atas kerana mereka fikir ia ditulis selepas kematian tuan guru. Tetapi pada hakikatnya artikel ini ditulis pada bulan April 2013. Jarak masa setahun dan lebih sebelum tuan guru kesayangan rakyat ini meninggal dunia di rumahnya, Pulau Melaka malam tadi.

Aku cuma nak betulkan fakta itu yang menyebabkan orang terkeliru dan dalam masa yang sama aku mengharapkan juga agar Zam Maidin, bekas menteri penerangan juga dapat meneliti semula apa yang dia coretkan dalam artikel berkenaan.

Kerana apa?

Kerana ada ini.


"Dah nyayuk, berhentilah, cukuplah memecah belahkan umat Islam di negara ini," kata Tun lagi.

Di samping itu, Tun Dr. Mahathir juga telah berseluroh menyatakan bahawa beliau tersilap membuat kediaman Perdana Menteri terlalu cantik, maka itu ada orang berebut-rebut nak ke Putrajaya yang dulunya  mereka nak lelong.

"Tak apalah kita beri satu bilik pada Anwar Ibrahim dan dia boleh berkongsi dengan  Nik Aziz. Kita buat dinding tebal bagi bilik ini kerana Anwar Ibrahim masih kuat," katanya disambut gelak ketawa bergemuruh  lebih 15,000 orang hadirin.

Kenyataan di atas memberikan gambaran seolah-olah TGNA ini terlalu jahat dan menjadi punca umat Islam berpecah sedangkan apa yang menyebabkan umat Islam berpecah seperti yang kita semua tahu kerana inila realiti semasa ialah kerana didorong oleh blok-blok pemikiran yang berbeza.

Ada sekumpulan manusia yang menyokong kemungkaran.
Dan ada sekumpulan manusia pula yang mahu menyebarkan kebenaran.
Maka kerana pemikiran yang berbeza ini menghasilkan tindakan yang berbeza yang akhirnya mendorong kepada perpecahan disebabkan kita tidak mempunyai matlamat yang sama.

Bukan TG Nik Aziz, bukan Anwar atau bukan sesiapa yang mendorong perpecahan. Yang menyokong kejahatan itula sebenarnya yang menyeru kepada perpecahan kerana fitrah manusia itu menyukai kebaikan.

Dan kenyataan kedua pula seolah-olah mengambarkan niat jahat Anwar terhadap tokoh murabi itu sehingga dicadangkan pembinaan dinding tebal. Diberinya Anwar dan TGNA satu bilik dan dicadangkan buat dinding tebal itu datangnya dari mulut Mahathir Mohamed seorang tokoh politik yang disegani oleh UMNO. Aku sebenarnya mahu juga ragu2 bahawa ini terkeluar dari mulut Mahathir. Tapi oleh kerana yang catitkan kenyataan di atas ialah bekas menteri, orang Mahathir maka aku tak yakin pula individu berkenaan mahu menfitnah Mahathir pula. Dan, adakah wajar seorang bekas menteri seperti Zam dan bekas perdana menteri seperti Mahathir, menyiarkan dan mengungkapkan kenyataan seperti di atas?

Fikir-fikirkan la ek.