Tenaga Pengajar British Council 'Sound' Perhimpunan #KitaLawan.

“Saya terpaksa keluar dari kelas untuk berjumpa dengan penganjur bagi memastikan peserta #Kita Lawan tidak meredah ke dalam bangunan dan menggangu kelas yang sedang berjalan.”
Demikian kata seorang pendidik British Council, Anna Steven yang ketika ditemui mengadakan kelas Bahasa Inggeris di pusat pembelajaran itu di Jalan Ampang.
Pendidik-pendidik itu berang dan menyeru penganjur demonstrasi mengawal keadaan apabila penyokongnya seperti hilang arah dengan melaungkan protes terhadap kerajaan.
“Pelajar-pelajar saya sangat takut apabila mendengar jeritan itu, bahkan ibu bapa juga sudah bimbang dengan keselamatan anak-anak mereka,” katanya ketika ditemui pemberita.
Dakwa beliau, perhimpunan tersebut sememangnya mengganggu ketenteraman awam.
Beliau turut menggesa agar pihak penganjur tidak bertindak keterlaluan sehingga mendatangkan kecederaan kepada orang lain. -FMT.

Share this :

Previous
Next Post »