Selepas 50 Penduduk Muslim Demo Bantah Tanda Salib, Pihak Gereja Akhirnya Setuju Alihkan Salib.

Malunya aku. Keturunan sapa la buat kerja gila macam neh. Cakap bodoh kang sensitif. Tapi tindakan neh memang memperbodohkan diri sendiri pun. Jadahnya kau nak berdemo pasal tanda salib. Gila ah. Berlambak2 kedai judi kerajaan bagi lesen. Kau demo pasal tue lagi ada faedah. Sebab dah sah-sah judi merosakkan masyarakat. Biol betul la dorang neh.

Baca ;

Sebuah gereja di Taman Medan, Petaling Jaya yang baru dibina hari ini dikejutkan apabila penduduk setempat mengadakan bantahan di premis itu mendesak supaya salib diturunkan.

Kira-kira 50 penduduk berada di bangunan kedai di mana gereja itu ditempatkan, menuntut supaya salib yang diletak pada dinding premis itu diturunkan, demikian menurut video yang dimuatnaik oleh The Star Online.

Mereka juga membawa beberapa plakad antara lain bertulis "wakil rakyat Taman Medan tidur" serta mendesak supaya tidak mencetus kemarahan dan mencabar orang Islam di Taman Medan itu - yang majoritinya didiami orang Melayu-Islam.

Ketua kampung yang mengetuai bantahan itu Datuk Abdullah Abu Bakar mengulangi amaran bahawa gereja tersebut beroperasi di kawasan yang majoritinya orang Melayu-Islam.

"Jika mereka mempunyai kuasa untuk menjalankan (operasi gereja), bagaimana kami boleh menghalangnya, tapi yang menjadi perhatian kami ialah kawasan ini adalah kawasan Melayu dan ia tidak sepatutnya berlaku," beliau dipetik sebagai berkata.

Abdullah juga kelihatan memaklumkan kepada pemberita kemudiannya bahawa pihak gereja bersetuju untuk menurunkan salib itu "hari ini atau esok" dan telah mengadakan pertemuan dengan paderi.

Menurut laman berita itu lagi, pihak polis tiba di kawasan itu kira-kira 30 minit kemudian yang mengawal perserta sementara sekumpulan 15 jemaah gereja minta privasi.

Exco yang bertanggungjawab tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen. -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »