t>

Breaking News

Selepas Singapura, Indonesia Pula Laksanakan Undang2 Baru Mengenai Larangan Jualan Arak - Malaysia Bila Nak Tiru?


Selepas Singapura melaksanakan undang2 baru iaitu zon larangan minum arak dan zon waktu larangan membeli/menjual arak kini Indonesia pula melaksanakan satu undang2 yang berkaitan dengan larangan penjualan arak.

Indonesia kini menghalang peniaga kedai - kedai runcit dari menjual arak di premis perniagaan mereka.

Baca ;

Indonesia mula memperkenalkan larangan penjualan alkohol oleh peruncit kecil di seluruh negara itu walaupun tindakan berkenaan mendapat bantahan daripada industri pelancongan.

Negara yang mempunyai kira-kira 250 juta penduduk itu mencatatkan kadar penjualan minuman keras yang meningkat mendadak sejak kebelakangan ini dan turut tersenarai sebagai negara ke-10 paling banyak peminum minuman keras. -Mkini.

Undang2 neh pada aku bagus. Berbanding hukum dan kejar orang yang tak solat jumaat dan sumbatkan dorang dalam van jenazah atau memaksa peniaga tutup premis ketika waktu solat jumaat konon-konon nak halang pemuda yang malas solat jumaat ataupun menghukum wanita-wanita yang tidak menutup aurat dengan denda wang, aku lebih tertarik jika kerajaan mencari jalan membendung masalah berkaitan arak dan pengambilan minuman keras secara terbuka.

Siapa kata peminum arak tak menyusahkan orang?

Ada satu kes dalam beberapa bulan lepas. Angkara mabuk dia langgar orang. Ada masuk berita lagi plak tue. Itu satu dari ribuan kes yang membabitkan arak di negara neh.

Dah la di Malaysia kat memana kau pergi pun senang gile jumpa arak. Naik meluat pun ada. Sana sini ada. Nak memudahkan orang cari arak bagai. Bukan kita halang non muslim dari consume arak. Tapi penjualan secara terbuka dan keterlaluan perlu dibendung kerana bukan dewasa je yang akan consume arak bahkan remaja pun ada. Sebab ianya sangat mudah didapati kat mana-mana. Ingat lagi kes pegawai sukan dirogol oleh atlet secara beramai-ramai angkara mabuk? So, dah tunggu anak sendiri kena rogol atau rosak angkara arak baru terhegeh-hegeh nak bendung ke macam mana? Sudah la sesetengah wakil rakyat pembangkang pun sanggup memperbodohkan diri jadi duta arak. Tak pernah aku jumpa wakil rakyat bodoh nak mampos mempromosikan minum arak sebagai satu gaya hidup. Betul2 gila punya ahli parlimen. Nasib baik pengikut2 depa lebih bodoh dari pemimpin. Kat UK misalnya kalau ada wakil rakyat berperangai bangang macam tue memang sah2 la kena minta maaf bagai. Kantoi main Candy Crush pun jadi worldwide issue. Apatah lagi kalau menggila jadi duta arak. Aku rasa mesti orang desak wakil rakyat letak jawatan kot. Tapi nasib baik la ini Malaysia. Di mana wakil rakyat bebal disokong oleh pengikut bangang. 

Ha Ha Ha.

Apa-apa pun. Aku harap Malaysia boleh tiru set undang2 yang baik dari Singapura dan Indonesia. Aku percaya Singapura dan Indonesia melihat pengambilan alkohol secara keterlaluan perlu dibendung apatah lagi mendorong amalan gaya hidup sihat lebih baik untuk semua.