t>

Breaking News

Caj GST Ke Atas Topup Akan Dikenakan Selepas Pengguna Membuat Panggilan, Hantar SMS & Sebagainya Kata Shabery Cheek.


Kan aku dah kata. Ini kerja gila. Gila punya kerja. Kerajaan kau neh memang sewel. Baik kau letak aje 60 sen sekali bayar dan titik. Apa kejadahnya setiap kali panggilan ada GST. Babi betul la.

Satu lagi.

Ada beza ke jika kita 

- Bayar GST sebelum menggunakan kad prabayar?
- Bayar GST selepas mengaktifkan kad topup tersebut?

Takde beza kan?

Kenapa menteri kau membayangkan jika bayar GST ketika membeli kad berkenaan membebankan berbanding dikenakan GST ketika menggunakan baki dalam kad berkenaan?

Actually, bayar macam mana pun ia still membebankan.

Semasa kau beli atau semasa kau guna baki kredit kau. Mana ada beza pun kalau dah akhirnya kita tetap kena bayar GST pun kan. Apa sewel sangat menteri kau neh. Tepuk dada sendiri, hantuk kepala kat dinding aku ada menteri sewel macam neh. Paker!

Baca ;

Kerajaan nampaknya telah membatalkan keputusan mengembalikan harga lama kad tambah nilai apabila mengumumkan untuk mengekalkan cas Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas kad tambah nilai hari ini.

Pengumuman itu dilakukan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, kerana menurut beliau GST tidak akan dicas semasa dibeli sebaliknya nilai kredit 6% akan dipotong apabila tambah nilai diaktifkan.

"Kerajaan berusaha mencontohi negara-negara lain yang turut mengenakan cukai ini ke atas penggunanya. Pengguna tidak akan dibebankan dengan GST ketika membeli kad tambah nilai terbabit, sebaliknya hanya dikenakan GST ketika membuat panggilan, menghantar SMS dan sebagainya.


"Ia sama seperti penggunaan kad 'Touch n Go' dan bayaran tempat parkir kereta yang dikenakan cukai ini. Mereka hanya dicukaikan semasa penggunaan khidmat-khidmat ini," katanya ketika menjawab soalan (BN-Tanah Merah), Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz.
Ikmal Hisham sebelum itu meminta kerajaan untuk menjawab berkaitan usaha kerajaan bagi mematikan syarikat telekomunikasi supaya mengkaji semula cas GST yang dikenakan ke atas kad prabayar mereka.

Ahmad Shabery menjelaskan untuk mengimbangi kesan GST, pihak kerajaan akan meminta pihak syarikat telekomunikasi menurunkan tarif perkhidmatan bagi penggunaan panggilan dan mesej.

"Kami (kerajaan) sedang berusaha mencari jalan supaya pelaksanaannya boleh diterima dan dipakai dengan baik pada masa hadapan.

"Kami juga menggesa syarikat-syarikat ini menawarkan pakej mampu milik kepada golongan sasar seperti pelajar," katanya lagi. -SK.