GST Ke Atas PBT Dan Kerajaan Negeri Tak Masuk Akal Kata Sultan Johor.


Arahan perlaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) terhadap kerajaan negeri dan kerajaan tempatan tidak masuk akal, titah sultan Johor.

"Perkara ini adalah tidak masuk akal kerana perkhidmatan kerajaan adalah tanggungjawab asas kepada rakyat dan tidak wajar untuk ditambah lagi dengan beban bayaran GST oleh rakyat," titah baginda.

Justeru, sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) Johor tidak mengenakan GST terhadap perkhidmatan mereka.

Baginda juga bertitah supaya pihak itu mendapatkan pengecualian daripada kerajaan persekutuan.

Sultan Ibrahim bertitah demikian di Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari ini.

GST dilaksanakan mulai 1 April lalu di tengah-tengah bantahan aktivis dan pembangkang.  -Mkini.

Share this :

Previous
Next Post »