t>

Breaking News

Polis Teruskan Usaha Mencari Kepala Bayi Yang Dipotong & Gambar2 Bayi Dikerat 15.


Usaha untuk mencari kepala dan perut bayi yang dikerat 15 bahagian di sini Sabtu lepas masih diteruskan, kata Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara, Asisten Komisioner Mohd Khamsani Abdul Rahman.

Beliau berkata setakat ini hanya bahagian kaki dan tangan bayi berkenaan yang ditemui.

"Kita telah memeriksa tandas yang tersumbat di flat berkenaan, tetapi tidak menjumpai apa-apa selain daripada batang kayu," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mayat bayi berkenaan yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui oleh beberapa pekerja pembersih loji kumbahan di Flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permai di sini.

Menurut Mohd Khamsani, bayi itu dipercayai meninggal dunia dalam kandungan ibunya sebelum dikerat dan dipamkan ke dalam lubang tandas.

"Laporan bedah siasat mendapati anggota badan yang dikerat berukuran antara tiga hingga empat inci dan telah berada dalam loji kumbahan itu selama empat hari," katanya.

Pihak polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar tampil bagi membantu menjejaki pihak yang melakukan perbuatan kejam tersebut. - Awani.