Rakyat Malaysia VS Familia MyVi Club - Peperangan Masuk Hari Keempat, Sampai Bila Netizens Nak Berhenti Dari Fitnah Orang?
Pada 2 Mei 2015 yang baru berlalu, terdapat satu kemalangan maut yang melibatkan kenderaan SUV jenis Pajero Sport dengan Perodua Myvi. Kesemua pemandu serta penumpang Pajero disahkan mati dalam kemalangan itu dengan pecahan ;
- Pemandu Fairuz Nizam Husain berusia 35 tahun.
- Penumpang Nova Safitri Azhari berusia 27 tahun.
- Nur Fizura Annisa berusia 7 bulan.
Fairuz cedera teruk dan disahkan meninggal di kawasan kemalangan.
Nova dan Fizura di bawa ke HKL dan ketika dirawat, disahkan meninggal.
Fairuz, Nova dan Fizura tercampak keluar dari kenderaan yang dipandu oleh Fairuz selepas berpusing beberapa kali dan kenderaan yang mereka naiki terbalik.
Bagaimana kemalangan berlaku?
Kenapa kemalangan ini mendapat tempat di ahti rakyat Malaysia? Sudah bermacam kemalangan berlaku. Mati ataupun tidak mati. Jalan biasa ataupun di lebuhraya. Kenapa kemalangan ini sangat berbeza responnya dari rakyat kita?
Jawapannya ialah kerana kemalangan ini adalah berpunca dari 6 buah kereta Myvi yang sedang berlumba sesama sendiri di atas jalanraya pada malam itu bagi meraikan sambutan hari jadi salah seorang ahli club 'familia myvi club' yang dikenali dengan nama Yana.
Dan kenapa nama FMC dikaitkan dengan kemalangan tersebut?
Jawapannya kerana tersebarnya gambar ini.
Pada awalnya. Spekulasi tersebar tentang 6 buah myvi yang berlumba sesama sendiri di jalanraya pada pagi itu. Ianya disebarkan oleh media berdasarkan penaakulan dari anggota penyiasat di kawasan kemalangan dan dilaporkan secara berleluasa oleh media-media arus perdana negara. Maka, disebabkan itulah pengguna media sosial mula mengkritik kemalangan tersebut. Dan kritikan mereka disasarkan kepada FMC apabila gambar kereta myvi yang terlibat dalam kemalangan dikesan terdapatnya sticker nama kelab yang mereka anggotai.
Lalu. Bermula 2 mei yang lepas sehingga ke hari ini, rakyat Malaysia (pengguna media sosial) mula melakukan serangan demi serangan ke atas kelab berkenaan. Selepas nama kelab didedahkan, mereka mendedahkan pula nama-nama anggota serta no keahlian untuk sebaran umum.
Pengguna media sosial tidak berhenti disitu. Mereka mula mengumpul bukti dan mengasak FMC agar menyerahkan diri kepada polis bagi menjalani siasatan lanjut. Dan kemarahan mereka semakin membuak2 apabila anggota FMC yang terlibat dalam kemalangan tersebut menafikan mereka berlumba dan membayangkan seolah-olah keluarga pajero yang maut itu adalah yang bersalah dalam insiden kemalangan tersebut.
Rujuk ;
Berang dengan tindakan penafian tersebut, maka warga maya mula mengumpul bukti demi menguatkan dakwaan mereka terhadap FMC.
Gambar anggota mula disebarkan.
Mereka yang membela FMC mula dikecam.
Motif penubuhan FMC mula menjadi ejekan.
Account fb ahli2 FMC diselongkar satu persatu.
Kenyataan saksi bertebaran.
Video kenderaan MYVI berlumba turut disebarkan. Rujuk sini.
Dan, kenyataan Yana dan beberapa anggota FMC yang dikantoikan oleh ahli2 whatsApp FMC sendiri juga mula dijadikan hujah oleh penyerang2 FMC.
Kononnya ada orang dalam. Dalam JPJ pun ada. Dalam PDRM pun ada.
Disebabkan itula akhirnya netizens menyebarkan spekulasi bahawa kesemua pemandu2 MYVI yang disiasat polis dilepaskan kerana ada campurtangan dan penglibatan dari orang dalam.
Dan yang terbaru, wakil FMC telah tampil menemui keluarga waris mangsa kemalangan bagi menjernihkan keadaan. Itupun dipercayai setelah U-TURN dari pegangan asal mereka. Sebelum itu ini yang mereka kata ;
Kesan khas?
Cyber buli?
Hak ala.
Dan selepas 2 hari, tetiba wakil FMC menemui wakil keluarga mangsa dan point utama wakil FMC sangat menarik perhatian kerana ia memberikan sesuatu clue yang tersirat.
- Berharap FMC tidak lagi diserang
- FMC mahu berbaik2 dan memberikan bantuan kepada keluarga mangsa kemalangan.
- FMC berharap kelab itu secara peribadi dan anggota2 yang tidak terlibat dalam kemalangan itu tidak dikaitkan sekali dalam serangan ke atas kemalangan maut tersebut.
- FMC juga berharap pemandu2 yang menjadi punca kemalangan akan dihukum seadilnya dan berjanji akan beri kerjasama kepada PDRM.
Petunjuk?
1. FMC kini secara tak langsung mengiyakan ahli kelab mereka memang berlumba pada malam itu.
2. Bagi membersihkan nama FMC, maka mereka perlu tampil menjernihkan keadaan dan sanggup beri kerjasama kepada PDRM dan tidak memilih pendekatan untuk saman mereka2 yang menyerang FMC pula memandangkan ada pihak yang menuduh FMC difitnah teruk.
3. Juga memberikan gambaran kemalangan itu berpunca dari kenderaan lain, bukan salah Pajero itu sendiri.
Nampak?
Satu lagi. Yang menjadi tanda-tanya juga ;
- Jika 6 kenderaan itu tidak berlumba, kenapa mereka berada di jalanraya dengan memandu begitu laju seperti yang ter-rakam menerusi CCTV?
- Kebetulannya ada 6 kenderaan MYVI yang menganggotai kelab yang sama pada malam itu di atas jalanraya yang sama kerana pulang ke rumah yang berhampiran ke? Kebetulannya juga mereka semua saling kenal mengenal, ye tak?
- Selepas kemalangan, bukan nak dibantu lagi 2 kenderaan rakan mereka yang terjejas, sebaliknya 4 yang lain CABUT meninggalkan lokasi kejadian, kenapa?
Jangan tidak tahu. Gambar cabut sticker pun warga maya berjaya dedahkan tau. Paparazi maya. Bila mereka bertindak takan ada yang tak kantoi.
Tengok ;
Maka. 6 pemilik kenderaan tersebut sudah sampai masanya untuk mengaku terus terang sahaja perbuatan mereka. Lari dari masalah yang mereka sendiri cipta, menafikan apa yang mereka lakukan dengan tidak langsung mahu mengambil apa-apa tanggungjawab bagi menyampaikan rasa kesal membuktikan mereka tidak kenal erti serik dan insaf.
Perkara ini akan menghantui mereka seumur hidup. Lebih baik akur dengan kesalahan dan dihukum atasnya sekurang2nya untuk membersihkan diri dari kesalahan yang kita lakukan. Orang kata, macam cuci dosa la.
Cadangan aku kepada FMC. Lucutkan keahlian anggota2 yang terlibat bagi membuktikan FMC memang tidak menyokong sebarang bentuk lumba haram.
Dan cadangan aku kepada penyerang2 FMC, sudah sampai masanya untuk korang titikkan serangan korang ke atas FMC. Cari satu jalan penyelesaian dan jangan attack orang yang takde kaitan.
Bayangkan jika ini anda ;
Apa kaitannya?
Yang berlumba 6 orang. Yang kena attack 1 kelab. Pada awalnya logik attack 1 kelab. Tetapi bila 1 kelab dah uturn, maka sasarkan la serangan kepada 6 yang terlibat semata-mata. Kelab pula perlu dinasihati agar jangan sorokkan bukti dan dedahkan pemilik2 kenderaan yang berlumba pada malam itu. Mereka semuanya patut tahu. Mungkin mereka serba salah. Mungkin 6 yang terlibat itu menipu ahli2 kelab yang lain. Sebab ini kan kawan2. Kadang2 ko nak percaya kawan2 ko. Ko yakin mereka dianiaya. Tapi belum tentu 6 orang itu benar2 jujur. Mereka sanggup buat apa sahaja bagi menafikan tindakan mereka sedangkan bukti sangat nyata.
Sebab itu bagi memuktamadkan serangan, semua bukti yang ada, elok dikumpul dan disatukan, ramai2 berkumpul dan buat laporan polis dan serahkan bukti masing2. Mungkin yang terlepas pandang, polis akan mula memandang.
Dan. Satu lagi. Gambar yang banyak tersebar ialah gambar Siti. Bukan gambar Yana. Ye, Siti anggota kelab itu juga tetapi bukan dia yang berlumba dan dia bukan Yana. Gambar dia digunakan dan dianggap sebagai Yana sedangkan dia bukan Yana.
Sebab itu account facebook deactivated. Memang lari. Bukan lari kerana bersalah tetapi lari kerana stress. Yana punya hal, Siti kena tuduh. Yana yang ada orang dalam, Siti kena maki. Yana yang kecoh, nama Siti yang naik. Gambar Yana takde, wajah Siti pula yang viral. Apa salah Siti wahai warga maya? Nak marah, sila, tapi fitnah tue dah kenapa?
Nampak?
Seperti 6 pelumba itu, warga maya juga perlu akui kesalahan.
Seperti 6 pelumba itu dinasihati jangan lari, warga maya juga perlu minta maaf secara terbuka.
Seperti 6 pelumba itu perlu bertanggungjawab, warga maya juga perlu menerima hakikat yang mereka tersalah tuduh orang, tersalah sebar gambar dan secara nyata telah menfitnah seorang manusia yang sama sekali takde kaitan dengan insiden tersebut.
6 pelumba itu jika kita kata mereka pembunuh kerana meragut 3 nyawa manusia, maka warga maya yang menfitnah Siti dan menyeksa dia dengan kata2 kesat selama 3 hari ini kita nak panggil apa? Insaf, akui kesalahan mungkin kita boleh panggil sudah bertaubat, teruskan kesalahan, ego, buat bodoh dan tutup kesalahan sendiri maka tiada bezalah mereka dengan 6 pelumba tersebut. Yang itu bunuh orang, yang ini fitnah orang. Sama-sama gila maka sama-sama tak layak nak perbaiki moraliti manusia. Fikir-fikirkanla ek.
Kbai.