Secara Tiba2 Muhyiddin Dikata Pemalas Kerana Sekolah Malaysia Daif - Peperangan Pro Najib VS Muhyiddin Dilancarkan.

Cerita pasal sekolah neh. Hmmmmmm.  Bersepah aku tulis dah. Dari tahun ke tahun. Ada je isu-isu baru tentang sekolah Malaysia. Tak pernah miss. Macam-macam aku ulas. Dari keadaan sekolah sampai ke bangunan sekolah sampai ke isu RMT sampai ke bab peruntukan dan guru-guru serta sistem pendidikan negara. Jenuh dah membebel. Sebab apa? Sebab sistem pendidikan negara memang lambat progress kat negara neh. Lambat nak mampos. Siput babi pun lagi laju. Sesetengah negara, uniform makin cantik makin tebal dan tidak telus. Warna uniform pun gelap2. Tapi kat negara neh aku nak cakap C***I je. Pandai2 la korang semua isikan tempat kosong.
HA HA HA 
Siang tadi. Tersebarnya rakaman Muhyiddin kritik Najib secara kias guna isu 1MDB. Dia tak la kutuk Najib terang2. Tapi kiasan dan sindiran tue jelas. Lebih2 lagi bila dia sebut yang dia sendiri pun terkejut 1MDB boleh ada hutang banyak2 sampai 42 billion.
And then. Secara tiba-tiba pula. Si Puad neh meroyan kata sekolah Malaysia daif. Muhyiddin pemalas turun pandang tinjau suasana. 
Sedangkan. Sekolah daif kat Malaysia neh dah lama. Bukan baru. Masa zaman Puad pun sama je teruknya. 2 x 5. Yang aku pelik. Dah makan tahun juga si Muhyiddin tue jadi menteri pendidikan. Tak pernah nampak sesiapa dari UMNO kondem pun. Apesal yang jadi berani sangat kutuk timbalan menteri neh woi? Dah start perang ke? Aku nak pukul gendang, boleh tak?
MUAHAHAHA..
Baca ;

Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan timbalannya dituduh pemalas oleh bekas Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi kerana kesal masih terdapat sekolah dan asrama daif di negara ini.
Beliau berkata, keadaan itu berlaku kerana pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah untuk menjalankan tugas, termasuk pihak menteri yang didakwanya malas membuat tinjauan.
Jawatan Menteri Pendidikan II ketika ini disandang Datuk Seri Idris Jusoh, manakala timbalan menteri pula, Datuk Mary Yap dan P Kamalanathan.
Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) itu membuat tuduhan tersebut selepas menerima beberapa gambar yang menunjukkan kedaifan sebuah sekolah di Keningau, Sabah.
"Masih belum terbela. Ada orang posting pada saya gambar sebuah sekolah di Keningau yang terlalu daif.
"Puncanya pegawai yang bertanggungjawab tidak turun ke bawah. Kenapa mereka tidak turun ke bawah? Kerana Menteri dan Timbalan Menteri juga malas turun ke bawah. Justeru, mereka tidak akan tahu apa yang berlaku di bawah," beliau menulis di laman Facebooknya, Khamis.
Menurut Puad yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno itu, situasi sedemikian tidak sepatutnya berlaku kerana kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit untuk meningkatkan kualiti dalam pendidikan.
Sekali lagi Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri yang kini memasuki penggal kedua menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan dibidas, kerana hingga kini nasib sekolah-sekolah di pedalaman masih belum terbela.
"Kerajaan belanja berbilion untuk 1 Bestarinet, tetapi apakah disiasat keberkesanannya. Itu belum lagi dipaparkan asrama dan rumah guru yang daif di kawasan pedalaman.
"Sepatutnya bila TPM jadi Menteri Pelajaran hampir dua penggal, maka cepatlah terbela sekolah sekolah daif terutamanya di pedalaman Sabah dan Sarawak. Turunlah ke bawah! Jangan banggakan PPPM kalau level playing field masih tidak sama," tulisnya.
Dalam pada itu, beliau turut menulis di ruangan komen bahawa beliau telah melawat ke hampir 70 peratus sekolah di kawasan pedalaman dalam tempoh tiga tahun.
"Ada sekolah saya berjalan kaki lapan jam untuk samapai iaitu SK Saliliran di Nabawan Sabah.
"Semua sekolah pulau juga saya sampai. Pulau Bum Bum, Pulau Sebatek, Pulau Banggi, Pulau Aur, Pulau Tinggi, Pulau Pemanggil, Pulau Sibu dan Pulau Shanghai. Walaupun tanpa kemudahan helikopter," katanya yang turut membalas komen orang ramai dengan menyarankan supaya perkara seperti itu dilapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menjawab komen salah seorang pengikutnya yang simpati dengan apa yang berlaku, beliau menjawab: "Tuan akan lebih sedih kalau tengok sendiri. Saya pernah jumpa SK Buayan di Panampang yang condong hampir menyembah bumi. Penduduk kampang terpaksa guna buloh untuk menahan sekolah itu dari rebah. Saya perlu 2 jam berjalan kaki untuk sampai ke sekolah tersebut. Alhamdulillah sekolah baru sudah siap. Saya difahamkan sekarang sudah ada jalan balak untuk sampai ke sana." -MSTAR.

Share this :

Previous
Next Post »