t>

Breaking News

Tembak Ahmad Maslan - Kini Dalam Bentuk Permainan Di Google Playstore.

Semenjak GST dilaksanakan agak huru hara di laman sosial mempersoalkan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh menteri kewangan, Ahmad Maslan.

Berikutan rasa tidak puas hati sesetengah pihak dengan kenyataan-kenyataan beliau berkenaan GST kita dapat lihat di media sosial dan boleh dikatakan setiap hari akan muncul nama beliau.

Selain itu gambar-gambar beliau juga turut disunting dan dijadikan bahan jenaka dengan kapsyen-kapsyen yang menghina sesekali diselit dengan unsur-unsur lucu.

Bagaimanapun tidak cukup di situ sahaja. Terkini Siakapkeli menerima laporan bahawa Ahmad Maslan dijadikan permainan video pula dengan tajuk MASLAN 3.85 Extended Version.

Melihat di Google Play Store, paparan hadapan permainan video tersebut menggunakan gambar zombie yang mana kepala disunting dengan gambar Ahmad Maslan.

Selain itu penerangan bagi permainan tersebut adalah seperti berikut.

Description

Kecewa dengan GST? Marah dengan kenyataan kenyaatan DUNGU oleh 
menteri-menteri kita? Jangan risau..lepaskan kemarahan anda dengan 
Maslan 3.85 Corrupted Version

 
Dunia makin suram...ekonomi kian menjunam. GST berleluasa.. Kerana maki 
hamun dan kebencian mendadak rakyat jelata terhadap menteri yang suka 
membuat spekulasi kurang cerdik.. maka satu sumpahan telah berlaku dan 
lahirlah...Zombie Ketiak Hapak...... MASLAN 3.85 Corrupted Version.
Lepaskan rasa pilu dan marah anda dengan menangkap Maslan 3.85 sehingga 
otak dia pecah dan kebingungan. Geram? Benci? Sakit Hati? Teruskan 
menangkap beliau !

 
Kelebihan:

 
• Tidak menganggu aplikasi lain sediada.
• Tanpa bunyi boleh dimain tanpa disedari majikan anda.
• Mampu meningkatkan daya konsentrasi anda.
• Boleh hasilkan efek bunyi sendiri lain dari orang lain.
• Mengasah bakat menangkap Zombie anda.
• Menghala rasa tidak puasa hati anda ke aktiviti sihat.

Permainan yang dikerluarkan oleh VNBOX TRADING & SERVICES SDN BHD ini tidak tidak pula kami tahu cara permainannya, tetapi berdasarkan pada gambar-gambar yang ada, pemain perlu menembak zombie-zombie dengan menekan pada skrin.

Bagaimanapun kami tidak berjaya bermain permainan ini kerana mungkin ada bug pada aplikasi kerana yang terhasil hanyalah skrin putih ketika dalam aplikasi.


Sumber : SiakapKeli.