Dihalau Dari Khemah, Kemana Hala Tuju Mangsa Banjir - Mohon Kerajaan Negeri Siasat Aduan.

Minta tolong kerajaan negeri respon tentang penyebaran maklumat ini. Jika benarla mereka dihalau, alangkah kejamnya nasib yang menimpa diri mereka. Nak2 tinggal sehari je nak ramadhan.
Baca sat ;
Salam Abe Raja ....

Saya dapat mesej dari kawan yang baru balik dari satu misi di Kelantan ... Minta kepastian mengenai perkara ini ....Kalau betul berlaku, amat sedih...
Mesej berbunyi begini ....
(Sekadar perkongsian sahaja... sebab kita takkan buat apa2)
Selama dua hari membuat pengagihan bantuan makanan asas kepada mangsa pasca banjir yang masih tinggal dalam khemah, mereka masih menanggung bebanan emosi yang kritikal. Ditambah dengan kerenah birokrasi dan salahguna kuasa, senyuman mereka sekadar menutup kesengsaraan.
Salah satu kawasan agihan ialah Kg Kuala Nal, Kuala Krai. Anggaran masih berbaki 9 khemah, 6 berpenghuni. Khemah adalah sumbangan khas untuk mangsa banjir, saiz anggaran 20'x20' untuk satu keluarga. Terdapat 3 unit rumah sumbangan pihak masjid dari bangi, anggaran saiz 20'x20' untuk satu keluarga. Mereka ditempatkan di sebuah padang, status tanah tidak diketahui pemiliknya.
Di sini kisah mereka.
1. Bekalan elektrik di peroleh dari sebuah surau sedia ada. Peringkat awal, satu unit khemah di caj rm20 sebulan untuk penggunaan elektrik. Tapi kemudiannya di caj rm40 sebulan atas alasan bil surau meningkat.
Makluman: khemah tiada kemudahan kipas. Hanya point elektrik sahaja. kebanyakan penghuni kerja waktu siang. Dan khemah ini hanya selesa diduduki pada waktu malam (siang khemah menjadi panas)
Berdasarkan pemerhatian, penggunaan elektrik agak minimum. Wujud kesangsian pada kami, adakah benar perlu menaikkan caj elektrik tanpa perbincangan dengan mangsa pasca banjir ini?
2. Khemah ini adalah bantuan sementara. Peringkat awal, "sementara" itu ialah sehingga mangsa pasca banjir ini MAMPU membina semula rumah sendiri atau menerima rumah sumbangan kerajaan.
Sehingga tarikh 14-06-2015, masih ada mangsa pasca banjir yang tidak menerima rumah sumbangan. (ada seorang mangsa yang rumahnya masih belum siap, hanya ada bumbung sahaja).
Semasa agihan di buat pada 13-06-2015 sabtu, kami diberitahu khemah bantuan ini akan diambil semula, dengan tempoh notis selama seminggu sahaja (berakhir pada 17-06-2015, sehari sebelum puasa).
Kebanyakan mereka ini bekerja kampung sahaja. Pendapatan tidak menentu. Di suruh keluar sehari sebelum puasa, dan disuruh mencari rumah sewa, dalam tempoh seminggu di kawasan yang turut sama terjejas banjir, ke mana hala tuju mereka ini sebenarnya?
Kami tidak tahu apakah permainan orang atasan (sama ada dari parti politik PAS atau UMNO, atau agenda mereka yang terlibat dalam hal ini) tapi meletakkan diri kami di tempat mereka, sedikit sebanyak kami juga buntu di mana hala tuju sebenar. Masalah tanah, masalah geran, masalah dokumen tidak cukup, masalah dokumen semua sudah sedia tapi tiba2 nama hilang dalam senarai; adalah antara yang diadukan kepada kami. Timbul satu persoalan; apa jadi dengan kesungguhan orang berkuasa yang sepatutnya tampil membantu? Sekurang2nya membuka jalan penyelesaian bukan memaksa mereka terkial-kial mencari siapa yang boleh bantu mereka
Hari ini, 15-06-2015, kami menerima berita, esok adalah tarikh akhir mangsa pasca banjir ini MESTI mengosongkan khemah. Kegilaan apakah ini?
Alasan pengosongan:
i) tiada lagi mangsa banjir tinggal dalam khemah (walhal kami sendiri masuk ke Kg Pahi, Dusun Nyiur dan Aur Tebing serta Guchil, masih ada yang tinggal dalam khemah dan masih mengharap bantuan)
ii) khemah akan di pulangkan kerana tempoh sewaan telah tamat (sejak bila khemah disewa? Ini adalah sumbangan!) Bila di tanya berkenaan kayu-kayu palet yang digunakan sebagai alas tapak khemah, bersahaja di jawab "akan digunakan untuk jualbeli atau mendirikan pondok/baiki dinding rumah" . Memalukan!
3. Rumah Bantuan Sumbangan Kariah Masjid dari Bangi. Dituju khas kepada mangsa banjir. Hari ini juga kami mendapat berita, mereka ini juga diminta untuk mengosongkan rumah tersebut atas alasan rumah itu adalah di bawah seliaan pihak surau.
Apabila di tanya, apa kegunaan rumah sumbangan itu apabila mangsa pasca banjir keluar? Dikatakan akan dijadikan homestay. HOMESTAY? Jadi semuanya kerana duit
Kami, team 4WD Support Community telah ke sana sekadar untuk membantu meringankan beban perbelanjaan mereka. Membawa bantuan dari individu yang tidak kami kenali dari Lembah Klang, atas perbelanjaan kami sendiri sebagai penyedia logistik. Mungkin kah kehadiran kami di sana tidak disenangi sesetengah pihak, menyebabkan mangsa pasca banjir ini menerima akibatnya?
Ini, hanya satu kisah dari beberapa tempat yang kami masuk untuk agihan. Sementara lokasi lain juga mempunyai kisah mereka tersendiri. Agak sensitif.
Kami tidak mengharap apa2 dari anda, kami hanya berkongsi apa yang telah kami hadapi selama dua hari sejak misi yang lepas.

Share this :

Previous
Next Post »