t>

Breaking News

Ngeri - Bayi 15 Bulan Terputus Tangan Kerana Tersepit Di Escalator KL Sentral Dek Ibu Bapa Cuai.

Nak sangat jadi mak bapak. Tapi anak taknak jaga. Walaupun malang tak berbau, kemalangan tak boleh diduga tetapi membiarkan budak berumur setahun 3 bulan merayau2 bersendirian sehingga tersepit tangannya di escalator, boleh kah dianggap sebagai kemalangan? Ianya adalah kecuaian. Kesian budak tue. Tak memasal jadi tak sempurna disebabkan kecuaian ibu bapa kandung. Hmmmmm.


Pergelangan tangan kanan seorang bayi lelaki berusia 15 bulan putus akibat tersepit di tangga eskalator di KL Sentral, awal pagi semalam.

Tangan mangsa yang terputus itu berjaya dikeluarkan dari dalam eskalator itu kira-kira dua jam kemudian.

Dalam kejadian jam 6.30 pagi itu, Mohd Afkar Daniel Freedy mengalami kecederaan parah ketika dibawa oleh ibu bapanya pergi ke pusat beli belah berkenaan.

Siasatan polis mendapati, mangsa berjalan ke arah tangga eskalator di tingkat dua bangunan berkenaan tanpa disedari oleh ibu bapanya yang sedang membeli barang di premis berhampiran.

Mangsa dipercayai menaiki eskalator dari tingkat dua turun ke tingkat satu sebelum tangan kanannya tersepit pada tangga bergerak itu menyebabkan pergelangan tangannya putus dan memasuki celah eskalator.

Kejadian itu disedari oleh anggota pasukan polis bantuan yang berada di lokasi kejadian, segera memberikan bantuan sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Siasatan polis juga mendapati, tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian itu dan kejadian itu berpunca dari ibu bapanya yang cuai. -THM.