t>

Breaking News

Penganjur 'Nothing To Hide' Uturn - Kata Mahathir Tidak Diundang Ke Majlis.


Bodoh juga penganjur tue ek. Sah2 la kau dah malukan Najib. Terang2 kau bagi klue yang Najib batalkan kehadiran sebab kelibat Mahathir dalam program berkenaan. Bodoh gile. Bodek sampai terbodoh.

WAKAKAKA.

Baca ;

Penganjur acara bersama Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa perdana menteri terpaksa membatalkan kehadiran di saat-saat akhir susulan nasihat polis.

Penganjur malah berkata Najib sudah pun hampir hendak bergerak ke acara itu ketika dimaklumkan arahan Tan Sri Khalid Abu Bakar itu.

“PM sudah hendak bergerak dah,” kata Pengerusi Sukaguam Datuk Khairil Anuar Rahmat.

Program terus terang itu hari ini bertukar menjadi acara pengkritiknya Tun Dr Mahathir Mohamad yang sempat berucap sebentar.

Beliau bagaimanapun diminta berhenti oleh pihak polis dan diiring supaya beredar daripada Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.

Menjelaskan kehadiran Mahathir, Khairil berkata perdana menteri 22 tahun itu tidak diundang dan mungkin hadir kerana kehadirannya sudah dispekulasi meluas sejak semalam.

“Tun M tahu dia tidak diundang. Dia tahu, tapi dia beritahu dia perlu datang untuk diberi peluang bercakap dan bertemu orang ramai.

“Tun M hadir sebab (spekulasi kehadirannya) viral (tersebar meluas) sejak petang semalam,” katanya. -Mkini.