t>

Breaking News

Pengguna Media Sosial Pertikai Keputusan Zahid Mahu Bawa Masuk 1.5 Juta Pekerja Bangladesh.

Semalam BERNAMA melaporkan ;

Kira-kira 1.5 juta pekerja dari Bangladesh akan dibawa masuk ke Malaysia secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun bagi memenuhi permintaan majikan daripada pelbagai sektor, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata, kerajaan Malaysia telah mengadakan perbincangan mengenai perkara itu dengan kerajaan Bangladesh dan dijangka memeterai perjanjian tidak lama lagi.

"Kami jangka akan memeterai perjanjian pada bulan Syawal (Julai) ini di Dhaka (Bangladesh), pekerja ini bagi pelbagai bidang terutama perladangan dan bakal memenuhi permintaan pasaran pekerjaan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.

"Bagaimanapun inisiatif ini hanya melibatkan pekerja yang 'fresh' dari Bangladesh, pendatang asing tanpa izin Bangladesh yang bekerja di negara ini tidak terlibat dan kita akan tetap hantar mereka pulang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Masjid Terapung Durian Daun, penyampaian sumbangan kepada fakir miskin dan majlis berbuka puasa di Sekolah Menengah Agama Imtiaz Ulul Albab, Durian Daun di sini. 

Ahmad Zahid berkata, pekerja Bangledesh yang akan dibawa masuk ke negara ini akan dilatih terlebih dahulu di negara itu dan menjadi pekerja separa mahir dan pekerja yang memenuhi spesifikasi keperluan khusus majikan di Malaysia.

Beliau berkata, majikan akan dikenakan empat syarat sekiranya ingin menggaji pekerja Bangladesh iaitu pekerja mesti diberikan perlindungan insurans; pekerja diberi kemudahan kediaman secara berpusat; gaji dibayar melalui bank; dan memberikan perlindungan keselamatan secukupnya. – Bernama

Berita berkenaan bagaimanapun mengundang reaksi negatif dari pengguna media sosial. Pengguna media sosial agak marah dengan tindakan Zahid yang sewenang2nya menyediakan peluang pekerjaan sehingga 1.5 juta kepada warga asing berbanding warga sendiri.

Antara respon mereka ;




Respon mereka tue sebenarnya memang patut. Jika kau semua baca dan fahamkan point2 menteri dalam menteri di atas, aku yakin memang wajar kau semua merasa marah dengan tindakan Zahid.

Dia kata ;

1. 1.5 juta akan dibawa masuk secara berperingkat selama 3 tahun.

2. Ianya bagi memenuhi permintaan majikan dari pelbagai sektor.

3. Pekerja2 ini nantinya akan dimasukkan ke dalam pasaran menerusi pelbagai sektor di Malaysia.

4. Sebelum dibawa masuk ke pasaran kerja, setiap dari mereka akan dilatih terlebih dahulu agar bersesuaian dengan kehendak pasaran.

5. 4 kebajikan pekerja asing akan disediakan. Pertama, perlindungan insurans. Kedua, kemudahan kediaman, ketiga, gaji dibayar melalui bank dan keempat, perlindungan keselamatan secukupnya.

Di Malaysia pun masih terdapat ramai pekerja tempatan tak berSOCSO jauh sekali berKWSP. 

Sibuk sangat kerajaan kau nak menjaga kebajikan warga asing tetapi tangga gaji minima pun tak terlaksana sepenuhnya. Adil ke?

Majikan memang la suka menggaji pekerja asing sebab boleh manipulate dorang bekerja 24 jam. Pekerja asing nak lari ke mana? Kerajaan pula seolah2 mengalakkan tindakan tersebut dengan membawa masuk mereka ber-ramai2. Soalnya, betul ke pasaran kita ada peluang pekerjaan sehingga 1.5 juta untuk warga asing atau akhirnya warga asing perlu berebut2 dengan warga tempatan?

Aku ingat dulu. Konon2 station minyak tak boleh upah pekerja asing. Tapi kita tengok sekarang. Mana 1 station minyak takde warga asing? Mana satu car wash takde warga asing? Even bengkel dan kedai2 pun bersepah dengan warga asing. Itu tak masuk lagi bab depa jadi cleaner kat shopping complex.

Betul ke warga tempatan malas bekerja berat2?
Atau depa rasa malas mahu biar diri dipergunakan untuk kerja berat2 tetapi gaji ciput nak mampuih? Sampaikan nak tanggung diri pun tak lepas?

Kita amek contoh pekerja estet. Bayar gaji kecik tapi kudrat depa kena toreh kaw2. Adil ke pada orang kita? Mereka nak beli rumah, ada anak2 yang perlu disara, perlu kenderaan untuk bergerak, adil ke dengan gaji 900 sebulan dan ke bawah?

Bangladesh kurang2 bila convert ke matawang depa, terasa juga berbaloi kerja berat2 di Malaysia. Kita neh rasa berbaloi ke tak sedang ini tanahair kita? Nak taknak terpaksa juga beli rumah atau takan nak menumpang rumah orang atau sewa seumur hidup? Kalau tuan rumah nak jual rumah dah jadi satu masalah. 

Aku macam tak yakin je pasaran kita menawarkan 1.5 juta peluang pekerjaan kepada warga asing.

Aku syak la. Syak saja. Pasaran pekerjaan yang ditawarkan itu turut membabitkan pasaran kerja untuk warga tempatan. 

Lepas neh silap2 depa dok masuk office2 kerajaan. Silap2 PM kita warga bangladesh suatu hari nanti. Masa tue nak menangis pun tak guna. Anda undi, anda dapat. Padan muka.

Hahahaha.