t>

Breaking News

Sejarah Keberanian Kesatuan Kerja MAS Yang Anda Mesti Baca - Lawan Demi Gaji Munasabah Hingga Dimasukkan Ke Dalam ISA.


Pada tahun 1970an, para pekerja syarikat penerbangan MAS (Malaysian Airlines System) mempunyai kesatuan sekerja yang kuat yang digeruni oleh pihak majikan dan pemerintah. 

Pada bulan Disember 1978, pekerja-pekerja MAS yang bersatu di bawah Airlines Employees Union (AEU) telah melancarkan tindakan protes ‘go-slow’ dan ‘work-to-rule’ dan boikot kerja overtime di Lapangan Terbang Subang bagi menuntut gaji yang berpatutan untuk pekerja MAS. Tindakan mereka telah mengakibatkan operasi MAS tergendala sehingga mengalami kerugian berpuluh ribu ringgit. 

Bagi menyekat perjuangan pekerja MAS, kerajaan telah menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA untuk menangkap dan menahan pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja yang aktif dalam tindakan tersebut. 

Pada 13 Februari 1979, seramai 18 orang pekerja telah ditahan tanpa bicara di bawah ISA. Seramai 11 orang pekerja MAS juga telah dipecat dan 221 orang telah digantung kerja kerana terlibat sama dalam tindakan protes tersebut.

Gambar dalam keratan akhbar di bawah menunjukkan para pekerja MAS memprotes tindakan kerajaan yang menangkap rakan-rakan seperjuangan mereka di bawah ISA.

Pada bulan April 1979, kerajaan telah mengambil tindakan membatalkan pendaftaran kesatuan sekerja AEU. Kerajaan juga telah mengambil kesempatan untuk memperketatkan undang-undang yang berkaitan dengan buruh dan kesatuan sekerja pada tahun 1980 bagi melumpuhkan gerakan pekerja. Polisi anti-buruh ini telah diteruskan di bawah pemerintahan Perdana Menteri baru, Dr. Mahathir Mohamad yang mula memegang kuasa pada tahun 1981.


Sumber : Pusat Sejarah Negara.