t>

Breaking News

Aksi Rosmah Dipakaikan Kasut Viral Di Laman Sosial.


Rosmah sekali lagi menjadi perhatian umum apabila aksinya dipakaikan kasut viral di laman sosial. Video berkenaan mula tersebar di laman internet dan wassap sejak tengahari tadi dan pelbagai tanggapan dan persepsi dicanangkan terhadap Rosmah Mansur.

Video yang dimaksudkan ;


Rosmah dipakaikan kasut.Sumber : https://www.youtube.com/watch?v=p1i4BxZ-k3Y
Posted by Ameno World on Friday, July 3, 2015

Menurut laporan Malaysiakini ;


Sebuah video menunjukkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor mendapat layanan istimewa apabila beliau dipakaikan kasut oleh seorang wanita mendapat perhatian di media sosial.

Video berdurasi 31 saat itu menunjukkan seorang wanita yang dilihat sedang memakaikan kasut ke kaki Rosmah yang ketika itu berdiri di pintu.

Difahamkan, visual itu diambil pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri bersama Media yang turut dihadiri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Media Karangkraf di Shah Alam semalam.

Nampak gayanya Rosmah memang icon yang sering menjadi perhatian lensa kamera. Ke mana saja sentiasa menjadi buruan lensa kamera.

Hehe. 

Klik sini jika video gagal load.