Kenapa Kilang JVC Malaysia Ditutup - Ini Jawapan Dari Bekas Pekerja.


Semalam viral di laman sosial gambar2 pekerja2 JVC yang menangis dan berpelukan sebagai respon kepada penutupan kilang JVC Malaysia.

Susulan dari penyebaran berkenaan, macam-macam spekulasi yang dibuat oleh pengguna media sosial. Ada yang mengatakan punca kilang ditutup kerana kegawatan ekonomi dan ada juga yang beranggapan JVC berhijrah kerana faktor politik dan keselamatan yang tidak stabil di Malaysia.

Berikut ialah luahan salah seorang pekerja JVC yang tampil menyatakan sebab kenapa kilang berkenaan ditamatkan operasinya di Malaysia dan berpindah ke Thailand.

Baca ;

Saya adalah pekerja JVC. Eng Dept 22 tahun berkhidmat. Baru semalam meninggalkan tanah JVC.

JVC Malaysia mengeluarkan produk videocam. Disebabkan smartphone telah mendominasi pasaran, jadi produk videocam menrundum. Pasaran masih ada cuma produk perlu dikecilkan.

Jadi, transfer ke Thailand adalah yang terbaik.

JVC Jepun ada membuat RnD tetapi masih tidak dapat menandingi smartphone. Kos tinggi di sini tetapi kami masih berfikiran positif.

Rezeki ada di mana-mana. (Kami juga) mendapat pampasan lebih dari Akta Buruh yang diwartakan. Alhamdulillah. Jadi, doakan kami bekas warga JVC mendapat pekerjaan secepat mungkin.

Pihak majikan juga tidak membiarkan kami. (Mereka) arrangekan kami sesi temuduga dengan syarikat lain yang memerlukan pekerja. Ada yang sudah mendapat pekerjaan, ada yang tidak.

Sampai ke akhirnya syarikat masih cuba mencarikan kami pekerjaan. Betapa bertanggungjawabnya majikan kami. - ROHANA RAMLI

Share this :

Previous
Next Post »