t>

Breaking News

Bapa Saudara Sultan Terengganu Isytihar Keluar PAS.


Semakin lama semakin ramai pula yang keluar PAS. Pada awalnya di peringkat ahli bawahan kemudian meleret kepada yang berjawatan hingga la kepada yang berpengaruh. 

Terkini menerusi laporan Malaysiakini, bapa saudara kepada sultan Terengganu pula umumkan keluar dari PAS kerana tidak berpuas ahti dengan tindakan ahli2 PAS pada pemilihan yang lepas di mana sebahagian besar dari mereka telah memilih untuk menolak kumpulan profesional dalam saf kepimpinan pusat PAS.

Baca ;

Bapa saudara kepada sultan Terengganu, Tengku Sri Paduka Raja Tengku Ibrahim hari ini mengumumkan keluar PAS.

Beliau yang sudah enam tahun menjadi ahli parti Islam itu mengambil keputusan tersebut kerana tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan muktamar lalu yang menolak kumpulan profesional.

Katanya, hasil dari muktamar itu menyebabkan terdapatnya pergolakan dalam PAS yang menyebabkan hala tuju perjuangan parti tidak lagi kondusif untuknya bersama dengan parti itu.

Beliau berkata keputusan yang diambil tidak ada kaitan dengan keputusan PAS kawasan itu yang memutuskan hubungan dengan anak saudaranya ahli parlimen Kuala Terengganu Datuk Raja Bahrin semalam.

Sebaliknya, kata Tengku Ibrahim, beliau sudah berfikir sejak sebelum ini lagi untuk berbuat demikian. -Mkini.