t>

Breaking News

VAPE, Belum Diharamkan Lagi - Majlis Fatwa Kebangsaan.


Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Profesor Emeritus Tan Sri Dr Abd Shukor Husin pada semalam menafikan telah mengeluarkan fatwa mengharamkan vape.

Menurut beliau, kenyataannya sebelum ini telah disalah tafsir oleh pihak media.

"Saya bercakap di atas kapasiti saya, dari sudut pandangan peribadi, bukannya mewakili Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Saya juga menyatakan, sekiranya pakar telah mengesahkan vape itu memudaratkan kesihatan, membawa kepada pembaziran serta merosakkan alam sekitar, maka ia boleh jatuh haram seperti rokok atau shisha.

"Kami sedang menunggu laporan penuh dan penjelasan dari pakar Kementerian Kesihatan dan jika didapati vape memudaratkan kesihatan makan ia akan difatwakan sebagai haram," katanya, seperti yang dilaporkan oleh The Rakyat Post.

Awal pagi semalam, media tempatan mahupun online melaporkan vape telah difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan tersebar di laman sosial.